Simbolisme dewa-raja dalam teks Melayu Klasik terpilih dan kesannya terhadap adat-istiadat Kesultanan Melayu / Puteh Noraihan A. Rahman

Perkembangan agama Hindu-Buddha di Nusantara pada abad ke-7 Masihi sehingga abad ke-14 telah menampakkan penularan pengaruh Hinduisme-Buddhisme ke dalam dunia Melayu. Kemasukan pengaruh kebudayaan Hindu-Buddha memberikan impak terutamanya dalam nilai-nilai kebudayaan dan sekali gus mengubah panda...

Description complète

Détails bibliographiques
Auteur principal: Puteh Noraihan, A. Rahman
Format: Thèse
Publié: 2018
Sujets:
Description
Résumé:Perkembangan agama Hindu-Buddha di Nusantara pada abad ke-7 Masihi sehingga abad ke-14 telah menampakkan penularan pengaruh Hinduisme-Buddhisme ke dalam dunia Melayu. Kemasukan pengaruh kebudayaan Hindu-Buddha memberikan impak terutamanya dalam nilai-nilai kebudayaan dan sekali gus mengubah pandangan semesta orang Melayu di Nusantara yang sebelumnya mengamalkan animisme serta agama nenek moyang. Oleh yang demikian, kajian ini bertujuan untuk menganalisis simbolisme dewa-raja yang bukan hanya dijadikan kultus dalam masyarakat di Asia Tenggara, malah turut tercermin dalam karya kesusasteraan Melayu klasik. Pengumpulan data dibuat menggunakan sumber primer seperti Hikayat Banjar, Hikayat Parang Puting, Hikayat Sang Boma, Hikayat Panji Semirang dan Hikayat Malim Deman. Pemilihan sampel kajian ini adalah neutral kerana dipilih mengikut genre yang berbeza iaitu sastera sejarah, sastera panji, sastera saduran Hindu dan sastera transisi Islam. Bahan kajian terbatas kepada lima teks sastera klasik Melayu. Karya sastera ini telah dikenal pasti menepati objektif kajian yang akan menonjolkan simbolisme dewa-raja. Hasil kajian akan memperlihatkan kepelbagaian cara kepengarangan digunakan bagi menonjolkan simbolisme dewa-raja dalam menyerlahkan kedaulatan raja-raja Melayu, adaptasi simbolisme dewa-raja dalam budaya istana Melayu seterusnya evolusi dewa-raja dalam kerajaan Melayu.