Persepsi penghuni terhadap program pemulihan di asrama Rusila, Marang, Terengganu

Di Malaysia, penahanan pesalah kanak-kanak adalah satu kaedah untuk memulihkan mereka. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis metod penahanan dan pemulihan pesalah kanak-kanak mengikut perspektif Islam. Kajian jua menfokuskan kepada persepsi para penghuni Asrama Rusila terhadap program pemulihan te...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Faridah Mustafa (P50538)
Other Authors: Noridan Mansor
Format: theses
Language:Malay
Published: UKM, Bangi 2023
Subjects:
Online Access:https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458114
Abstract Abstract here
Description
Summary:Di Malaysia, penahanan pesalah kanak-kanak adalah satu kaedah untuk memulihkan mereka. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis metod penahanan dan pemulihan pesalah kanak-kanak mengikut perspektif Islam. Kajian jua menfokuskan kepada persepsi para penghuni Asrama Rusila terhadap program pemulihan tersebut. Metodologi kajian yang digunakan ialah analisa kandungan dan kajian lapangan dengan merujuk kepada kaedah temubual bersama beberapa pegawai akhlak, tenaga pengajar serta penghuninya. Soal selidik diedarkan kepada 18 responden yang terdiri dari penghuninya berdasarkan statistik bulan Ogos 2010. Hasil kajian mendapati bahawa kaedah pemulihan melalui kelas agama (Pendidikan Islam) adalah amat baik diterima oleh penghuninya kerana mereka sedar tentang pentingnya kehidupan beragama, begitu juga dengan aktiviti pemulihan secara umum. Namun, bagi aktiviti kaunseling dan psikologi serta aktiviti kemahiran dan vokasional, didapati penerimaan mereka sederhana dan kurang memuaskan berdasarkan kepada jawapan ketidakpastian yang banyak diberikan terhadap soalan-soalan yang dikemukakan. Oleh itu, penambahbaikan yang bersesuaian perlu dibuat bagi meningkatkan lagi keberkesanan program tersebut.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pengajian Islam