Pengabaian hak pengguna Islam dalam paparan iklan di Malaysia

Peningkatan aduan yang dibuat oleh pengguna berkenaan iklan yang mengelirukan semakin meningkat daripada tahun ke tahun. Masalah iklan yang mengelirukan seperti memanipulasikan fakta, berlaku penipuan dalam pengiklanan produk atau perkhidmatan serta penyalahgunaan logo halal membimbangkan pengguna I...

詳細記述

書誌詳細
第一著者: Nur Hikmah Yahya (P91535)
その他の著者: Rosmawati Mohamad Rasit, Dr.
フォーマット: theses
言語:マレー語
出版事項: UKM, Bangi 2023
主題:
オンライン・アクセス:https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458366
Abstract Abstract here
その他の書誌記述
要約:Peningkatan aduan yang dibuat oleh pengguna berkenaan iklan yang mengelirukan semakin meningkat daripada tahun ke tahun. Masalah iklan yang mengelirukan seperti memanipulasikan fakta, berlaku penipuan dalam pengiklanan produk atau perkhidmatan serta penyalahgunaan logo halal membimbangkan pengguna Islam dalam melaksanakan jual beli dan memilih barangan serta perkhidmatan. Hal ini menyebabkan hak sebagai pengguna Islam terabai dan menambahkan kekeliruan kepada pengguna Islam. Justeru, kajian ini bertujuan untuk menganalisis pengabaian hak pengguna Islam daripada aspek manipulasi fakta dalam iklan, penipuan serta penyalahgunaan logo halal. Reka bentuk kajian yang digunakan adalah kajian kes melalui temu bual mendalam sebagai kaedah pengumpulan data. Seramai enam orang informan yang dipilih sebagai sampel kajian melalui persampelan bertujuan. Kajian ini dianalisis secara tematik menggunakan perisian ATLAS.ti 8. Hasil kajian mendapati pengabaian hak pengguna Islam daripada aspek manipulasi fakta terdiri daripada penjelasan kandungan yang tidak jelas, pengeluaran produk atau perkhidmatan yang tidak selamat serta wujudnya nilai eksploitasi. Pengabaian hak pengguna tersebut memberikan mudarat kepada pengguna Islam. Pengabaian hak pengguna Islam daripada aspek penipuan pula menunjukkan menggunakan testimoni yang tidak jujur dan ditokok tambah tanpa bukti yang sebenar. Manakala pengabaian hak pengguna Islam daripada aspek penyalahgunaan logo halal menunjukkan bahawa pentingnya penggunaan logo halal yang diiktiraf supaya pengguna Islam tidak was-was serta tidak menyalahgunakan terma makanan sunnah untuk menarik pengaruh pengguna Islam. Implikasi kajian ini dapat menjadi panduan kepada bidang industri dan pengguna untuk menitikberatkan hak mereka sebagai pengguna dalam mencapai keselesaan kehidupan.,Sarjana Pengajian Islam