Kajian mutasi gen dhfr dan dhps serta kepelbagaian genetik bagi empat gen antigen permukaan isolat plasmodium vivax di Sabah

Kerintangan pirimetamin dan sulfadoksin bagi P. vivax adalah disebabkan oleh titik mutasi masing-masing pada gen pengekod dhfr (dihidrofolat reduktase) dan dhps (dihidropteroate sintase). Diversiti genetik bagi parasit P. vivax berguna untuk meramal asalan dan penyebaran varian novel dalam dan di an...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Umi Rubiah Sastu @ Zakaria (P63286)
Other Authors: Hasidah Mohd Sidek, Prof. Madya. Dr.
Format: theses
Language:Malay
Published: UKM, Bangi 2023
Subjects:
Online Access:https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463569
Abstract Abstract here
Description
Summary:Kerintangan pirimetamin dan sulfadoksin bagi P. vivax adalah disebabkan oleh titik mutasi masing-masing pada gen pengekod dhfr (dihidrofolat reduktase) dan dhps (dihidropteroate sintase). Diversiti genetik bagi parasit P. vivax berguna untuk meramal asalan dan penyebaran varian novel dalam dan di antara populasi. Objektif kajian ini adalah untuk menentukan titik mutasi pada gen dhfr dan dhps serta untuk mengenalpasti kepelbagaian genetik bagi isolat P. vivax di Kalabakan dan Kota Marudu menggunakan penanda molekul sirkumsporozoit (csp) dan protein permukaan merozoit (msp-3α, msp-3β dan msp-1). Darah telah diambil daripada tiga puluh tujuh individu yang disahkan positif P. vivax dan DNA parasit diekstrak. Amplifikasi menggunakan PCR nested dan analisis Restriction Fragment Length Polymorphism (RFLP) menunjukkan 100% mutasi 57Leu dan 117Thr berlaku pada gen dhfr. Mutasi 58Arg dan 61Met diperhatikan tinggi di Kota Marudu (72.73%). Mutasi 383Gly pada gen dhps adalah tinggi di Kalabakan (80.77%). Empat haplotip berbeza bagi kombinasi gen dhfr/dhps telah dikenalpasti. Sementara bagi csp, 96.7% jujukan DNA merupakan kumpulan VK210 dengan 22 variasi berbeza; dengan sub kumpulan 17 (VK210-17) dan 21 (VK210-21) masing-masing menunjukkan variasi jujukan dominan (10%). Manakala hanya satu variasi dikesan bagi kumpulan VK247. Bagi msp-3α, dua saiz alel iaitu Kumpulan A (1.8kb) dikenalpasti di Kalabakan (54.55%) dan Kota Marudu (30.3%) sementara kumpulan B (1.5kb) dikenalpasti hanya di Kalabakan (15.15%). PCR-RFLP dengan AluI dan HhaI menghasilkan 13 alel berbeza iaitu A1-A10 dan B1-B3. Di antara alel tersebut, alel A1 dan A10 merupakan alel paling dominan (15.15%). Majoriti produk msp-3β adalah kumpulan A (80%) diikuti kumpulan C (13.3%) dan kumpulan B (6.67%). PCR-RFLP dengan PstI menunjukkan kumpulan A terbahagi kepada enam kumpulan alel di mana Alel A4 (40%) adalah dominan, sementara kumpulan B dan C hanya menunjukkan satu alel. Kumpulan A merupakan alel variasi dominan dengan lima dan empat saiz berbeza masing-masing bagi msp1 (F1) (60%) dan msp1 (F3) (94.6%). Kesemua isolat msp1 (F1) terbahagi kepada Sal-1 (20%), Belem (36.67%) dan Thailand (6.67%) sementara 36.67% lagi terdiri secara berasingan. Msp-1 (F3) terbahagi kepada kumpulan Sal-1 (48.7%), Belem (18.9%) dan Thailand (32.4%). Msp-1 (F2) terbahagi kepada tiga kumpulan Belem (15.79%), Sal-1 (52.63%) dan rekombinan (31.58%). Sebanyak 15 varian alel yang berbeza bagi msp-1 (F2) dikenalpasti melalui analisis penjujukan, di mana sub kumpulan 3 Sal-1 (S3) adalah paling dominan (15.8%). Mutasi berganda gen dhfr dan dhps mencadangkan bahawa isolat P. vivax menunjukkan kadar kerintangan yang tinggi terhadap sulfadoksin, pirimetamin dan kombinasi sulfadoksin-pirimetamin. Kajian ini juga memperlihatkan diversiti tinggi dalam populasi P. vivax di Kalabakan dan Kota Marudu.,Sarjana Biologi Molekul