Kesuperkonduksian dan pembentukan fasa (Tl0.5Pb0.5-xMx)Sr2CaCu2O7 dengan M=Bi dan Cr untuk x = 0.0, 0.1, 0.2, 0.3, 0.4 dan 0.5

Superkonduktor (Tl0.5Pb0.5-xMx)Sr2CaCu2O7 (Tl-1212) dengan M = Bi dan Cr untuk x = 0.0, 0.1, 0.2, 0.3, 0.4 dan 0.5 telah disediakan dengan kaedah tindak balas keadaan pepejal. Bahan strontium oksida, kalsium oksida dan kuprum oksida dengan jisim tertentu dikisar sehingga homogen dan dipanaskan pada...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Mega Fatmasari (P47352)
Other Authors: Roslan Abd Shukor, Prof. Dato'. Dr.
Format: theses
Language:Malay
Published: UKM, Bangi 2023
Subjects:
Online Access:https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463592
Abstract Abstract here
Description
Summary:Superkonduktor (Tl0.5Pb0.5-xMx)Sr2CaCu2O7 (Tl-1212) dengan M = Bi dan Cr untuk x = 0.0, 0.1, 0.2, 0.3, 0.4 dan 0.5 telah disediakan dengan kaedah tindak balas keadaan pepejal. Bahan strontium oksida, kalsium oksida dan kuprum oksida dengan jisim tertentu dikisar sehingga homogen dan dipanaskan pada suhu 900 ◦C selama 24 jam dengan pengisaran lagi di antaranya. Bahan kemudiannya ditambah dengan talium oksida, plumbum oksida dan bismut oksida atau kromium oksida dan kemudian ditekan dalam bentuk pelet dengan diameter 1.3 cm dan ketebalan 0.2 cm. Pelet kemudian dipanaskan dan dialirkan oksigen selama 4 min pada suhu 1000 ◦C. Kaedah penduga empat titik dan kerentanan arus ulang-alik digunakan untuk menentukan suhu genting, Tc. Kedua-dua kaedah menunjukkan hasil pengukuran yang saling menyokong. Bahan (Tl0.5Pb0.5-xBix)Sr2CaCu2O7 untuk x = 0.0-0.5 menunjukkan suhu genting dengan Tc tertinggi pada x = 0.1 (102 K). Mikrograf FE-SEM menunjukkan bahawa penggantian Bi pada Pb mengurangi tahap peleburan dan menstabilkan fasa 1212. Lengkung rintangan elektrik melawan suhu bahan (Tl0.5Pb0.5-xCrx)Sr2CaCu2O7 untuk x = 0.0-0.5 menunjukkan bahawa bahan dengan x = 0.5 memperoleh Tc tertinggi iaitu 113 K. Sehubungan dengan meningkatnya nilai x, Tc sampel meningkat, akan tetapi kandungan fasa Tl-1212 menurun dengan meningkatnya fasa Tl-1201 dan 1223. Bahan dengan x = 0.3 mempunyai dua titik suhu mula, dengan suhu genting tertinggi disebabkan fasa Tl-1223. Terdapat pertambahan saiz butiran bagi sampel dengan penggantian Cr seperti yang ditunjukkan dalam mikrograf FE-SEM. Saiz butiran mempunyai saiz sekecil 0.683 m dan sebesar 2.2 m. Pembelauan sinar-X untuk kedua-dua sistem menunjukkan bahawa fasa Tl-1212 ialah maksimum pada x = 0.0 sebanyak 97%. Ini menunjukkan Pb lebih efektif dalam pembentukan fasa Tl- 1212. Sementara itu penggantian Bi dan Cr dalam jumlah yang besar menghasilkan peningkatan fasa 1201 dan 1223 masing-masing. Kajian ini telah menunjukkan bahawa terdapat peranan yang berbeza daripada penggantian Bi dan Cr dalam pembentukan fasa 1212 dan 1223.,Master / Sarjana