Pendekatan kaunseling perspektif Islam dalam kalangan kaunselor terhadap golongan biseksual

Fenomena kes salah laku biseksual dalam kalangan masyarakat merupakan isu sosial dan agama yang perlu diberi perhatian serius terutama oleh pengamal kaunseling bagi membantu mereka keluar dari orientasi seksual songsang tersebut. Ini kerana Islam amat mementingkan umatnya menjalani kehidupan seksual...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Suhaya Deraman (P70961)
Other Authors: Salasiah Hanim Hamjah, Prof. Madya Dr.
Format: Theses
Language:Malay
Published: UKM, Bangi 2023
Subjects:
Online Access:https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487517
Abstract Abstract here
Description
Summary:Fenomena kes salah laku biseksual dalam kalangan masyarakat merupakan isu sosial dan agama yang perlu diberi perhatian serius terutama oleh pengamal kaunseling bagi membantu mereka keluar dari orientasi seksual songsang tersebut. Ini kerana Islam amat mementingkan umatnya menjalani kehidupan seksual yang normal dan sihat selaras dengan tuntutan Allah SWT bagi mencapai kesejahteraan hidup. Isu-isu disiplin yang berkaitan dengan kerohanian perlu ditangani kaunselor menggunakan pendekatan kaunseling menurut perspektif Islam termasuk isu seksualiti. Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi memenuhi keperluan tersebut; iaitu meneroka faktor yang mendorong klien terlibat dalam kes salah laku biseksual, menghuraikan pendekatan kaunseling perspektif Islam yang diaplikasi oleh kaunselor berdaftar terhadap klien biseksual serta menganalisis perubahan psikologi yang dialami oleh klien setelah menjalani sesi kaunseling perspektif Islam. Kajian kualitatif yang dilakukan secara eksploratori ini dijalankan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. Pemilihan sampel adalah secara bertujuan (purposive sampling) bagi memastikan pemilihan peserta kajian adalah berdasarkan kriteria tertentu yang memenuhi keperluan kajian. Pengumpulan data diperolehi melalui temu bual mendalam menggunakan set soalan temu bual semi struktur. Kajian ini menggunakan kaedah Pekali Persetujuan Cohen Kappa. Nilai analisis kebolehpercayaan 0.92 yang diperolehi menunjukkan persetujuan indeks dalam kajian ini adalah tinggi. Data dianalisis dengan cara mendengar kembali, menulis verbatim (transkripsi) dan mengkategori mengikut konstruk dan sub konstruk. Kajian ini turut menggunakan kaedah penganalisisan data secara tematik dan deskriptif mengikut kesesuaian persoalan kajian yang dikemukakan. Kesahan data kajian ditentukan melalui Semakan Partisipan. Seterusnya data-data dianalisis menggunakan perisian Atlas Ti dan diinterpretasi bagi menjawab objektif kajian. Kajian ini juga turut menggunakan teknik penarafan bebas (independent rating) melalui semak silang (cross-checking) bagi mendapatkan kesahan data. Hasil kajian menunjukkan pendidikan awal yang diterima klien merupakan faktor penyumbang paling kritikal kepada fenomena biseksual selain daripada faktor fisiologi, latar belakang sosial, kurang penghayatan agama dan penggunaan teknologi. Hasil kajian juga mendapati pendekatan akidah adalah elemen paling dominan berbanding ibadah dan akhlak. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa klien mendapat celik akal (insight) selepas menjalani sesi kaunseling dan memberi kesan positif kepada aspek emosi, pemikiran dan tingkah laku. Kajian ini memberi implikasi khususnya dalam bidang kaunseling di Malaysia di mana pendekatan akidah, ibadah dan akhlak wajar menjadi pilihan kepada kaunselor berdaftar yang menawarkan kaunseling perspektif Islam secara profesional.,Tesis ini tiada 'Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah',Ph.D