| Summary: | Kajian ini mengenalpasti kritikan Ibn cAshur dalam al-Tahrir wa al-Tanwir terhadap dua tokoh bertujuan tafsir iaitu Ibn al-cArabi dan Ibn cAtiyyah. Tujuan kajian ini adalah untuk mengumpul dan menganalisa kritikan Ibn cAshur terhadap Ibn al-cArabi dan Ibn cAtiyyah. Metodologi kajian bersifat kepustakaan dengan menggunakan metode pengumpulan data dan analisis data. Oleh itu, kajian ini dimulakan dengan penerangan terhadap erti kritikan, punca dan pendorongnya serta bentuk-bentuknya beserta contoh daripada pelbagai sumber. Kajian diteruskan dengan pengumpulan kritikan Ibn Ibn cAshur terhadap Ibn al-cArabi dan Ibn cAtiyyah. Data-data yang terkumpul dianalisis dan disusun mengikut tajuk perbincangan. Hasil daripada kajian ini antara lain ialah, pertama; Ibn cAshur bersungguh-sungguh dalam meneliti dan mengkritik kebanyakan tafsiran silam. Kedua; Kebanyakan kritikan itu adalah dalam perkara-perkara yang diperselisihkan oleh para ulama di mana ketikanya pandangan Ibn cAshur lebih kuat daripada pendapat kedua ahli tafsir tersebut, dan ada ketikanya pendapat kedua ahli tafsir tersebut lebih kuat daripadanya. Penulis mencadangkan agar sudut kritikan diberi penekanan lebih besar dengan dikhususkan kepada sudut-sudut yang tertantu sahaja,Tesis ini tiada Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah"
|