| Summary: | Kajian ini bertujuan bagi memperoleh kefahaman berkenaan dengan kesan leT keatas keseimbangan kerja-kehidupan dalam kalangan eksekutif di sektor swasta. Spesifiknya, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kesan positif dan negatif leT ke atas keseimbangan kerja-kehidupan serta strategi dalam mencapai keseimbangan kerjakehidupan melalui penggunaan ICT. Kaedah kajian kualitatif telah digunapakai dalam kajian ini dengan menjalankan temubual separa berstruktur keatas tiga (3) orang informan yang telah dipilih melalui persampelan bertujuan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa antara kesan positif leT keatas keseimbangan kerja-kehidupan adalah terutamanya dari sudut fleksibiliti, memudahkan kerja dan juga mempercepatkan komunikasi. Bagi kesan negatif pula, kajian mendapati bahawa leT memberikan kesan keatas kesihatan mental dan fizikal, menjurus kepada bekerja lebih masa dan sekaligus menyebabkan peningkatan tuntutan kerja. Hal ini terjadi disebabkan tiada lagi wujudnya sempadan masa dan ruang antara kehidupan kerja dan juga kehidupan peribadi. Antara strategi bagi mencapai keseimbangan kerja-kehidupan melalui penggunaan leT yang dikenalpasti melalui kajian ini adalah dari segi aspek pekerja itu sendiri dan juga organisasi yang terlibat.
|