Latihan Vokasional di Pusat Pemulihan Akhlak di negeri Sarawak

Kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk mendapat kefahaman tentang latihan vokasional dalam Pusat Pemulihan Akhlak di Negeri Sarawak. Secara khususnya, kajian ini bertujuan untuk mengkaji jenis-jenis bidang latihan vokasional; mengenalpasti minat dalam kalangan Jurulatih/ Tenaga Pengajar terhad...

全面介紹

書目詳細資料
主要作者: Rohana, binti Isnawi
格式: Thesis
語言:英语
英语
出版: Universiti Malaysia Sarawak, (UNIMAS) 2014
主題:
在線閱讀:http://ir.unimas.my/id/eprint/14854/
Abstract Abstract here
實物特徵
總結:Kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk mendapat kefahaman tentang latihan vokasional dalam Pusat Pemulihan Akhlak di Negeri Sarawak. Secara khususnya, kajian ini bertujuan untuk mengkaji jenis-jenis bidang latihan vokasional; mengenalpasti minat dalam kalangan Jurulatih/ Tenaga Pengajar terhadap latihan vokasional; mengenalpasti cabaran yang dihadapi dalam kalangan Jurulatih/ Tenaga Pengajar terhadap latihan vokasional; dan langkah-langkah yang dijalankan bagi mengatasi cabaran latihan vokasional yang dihadapi dalam kalangan Jurulatih/ Pengajar yang dijalankan di Pusat Pemulihan Akhlak di Negeri Sarawak. Kaedah penyelidikan kualitatif digunakan dalam usaha untuk lebih mendalami isu yang dikaji. Data untuk kajian ini telah dikumpul menggunakan Soalan Selidik Terbuka ke atas Jurulatih/ Tenaga Pengajar dalam bidang latihan vokasional terpilih dari organisasi terbabit. Seramai lima (5) orang Jurulatih/ TenagaPengajar telah dipilih secara persampelan bertujuan. Keputusan kajian menunjukkan bahawa jenis-jenis bidang latihan vokasional mempunyai hubungan terhadap minat vokasional dalam kalangan Jurulatih/ Tenaga Pengajar. Hasil kajian ini juga mendapati bahawa Jurulatih/ Tenaga Pengajar berhadapan dengan cabaran melibatkan pegawai atasan, rakan setugas dan pelatih. Akhir sekali, hasil kajian juga menunjukkan bahawa Jurulatih/ Tenaga Pengajar berkebolehan mengatasi cabaran tersebut melalui pendekatan tertentu bagi memastikan latihan vokasional di Pusat Pemulihan Akhlak di Negeri Sarawak dilaksanakan dengan kompetan, effisien dan berkualiti.