MENEROKA SENI VISUAL GEREJA ROMAN KATOLIK DI SABAH MALAYSIA
Seni visual memiliki keunikan tersendiri yang merentasi masa dan terus menarik minat ramai, seperti yang dinyatakan oleh Othman (2017). Karya seni visual sering kali memerlukan penghayatan yang mendalam daripada audiens bagi memahami emosi serta makna tersurat dan tersirat yang ingin disampaikan ole...
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Thesis |
| Language: | English English English |
| Published: |
UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK (UNIMAS)
2025
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://ir.unimas.my/id/eprint/48062/ |
| Abstract | Abstract here |
| Summary: | Seni visual memiliki keunikan tersendiri yang merentasi masa dan terus menarik minat ramai, seperti yang dinyatakan oleh Othman (2017). Karya seni visual sering kali memerlukan penghayatan yang mendalam daripada audiens bagi memahami emosi serta makna tersurat dan tersirat yang ingin disampaikan oleh pengkarya. Walaupun tidak semua karya seni dikenali secara meluas, karya seni dalam rumah ibadat, misalnya, cenderung lebih eksklusif kepada penganutnya. Pelbagai kajian terdahulu, seperti oleh Sasongko (2012), Giebelhausen (2006), Fairus & Halim (2016), Othman (2017), dan Khayril Anwar (2016), menekankan kepentingan seni kepada agama, menegaskan bahawa seni dan agama adalah aspek yang sukar dipisahkan. Kajian ini bertujuan meneroka hubungan seni dan agama Kristian di Sabah, Malaysia, dengan berfokus kepada aliran Roman Katolik. Pendekatan kualitatif digunakan melalui pemerhatian, kajian pustaka, dan temu bual tidak berstruktur di tiga tapak gereja Roman Katolik awal di Sabah, iaitu Gereja St. Mary di Sandakan, Gereja St. Michael di Penampang, dan Gereja Sacred Heart di Kota Kinabalu. Penyelidikan ini mendokumentasikan dua karya seni visual atas kaca dan enam karya pada dinding gereja, yang menggunakan Kitab Injil sebagai rujukan utama dengan penonjolan watak yang berulang dalam bentuk visual yang berbeza. Kajian ini juga mendapati adanya adaptasi simbol dan tanda dalam subjek karya, mencerminkan pengaruh seni Zaman Medieval serta simbolisme yang jelas, seperti yang dibincangkan oleh Russell (1989). Simbolisme dalam karya seni ini membawa makna mendalam, terutamanya yang berpaksi pada agama. Kajian ini menggunakan Teori Panofsky dalam menganalisis karya catan gereja melalui tiga peringkat: pre-ikonografi, ikonografi pertengahan, dan ikonografi akhir, dengan penggunaan imej seperti Halo, figura bersayap, warna, merpati, domba, hati, dan gerak tangan untuk menyampaikan makna. |
|---|