Strategi Pemasaran Hasil Produk Kraftangan Usahawan dalam Masyarakat Iban di Kapit, Sarawak
Penyelidikan ini meneroka strategi pemasaran usahawan kraf tangan Iban di kawasan luar bandar bahagian Kapit, Sarawak, khususnya di daerah Kapit dan Song. Usahawan-usahawan ini aktif dalam penghasilan dan perniagaan kraf tangan tradisional dan menghadapi cabaran seperti kebergantungan kepada strateg...
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Thesis |
| Language: | English English English |
| Published: |
Universiti Malaysia Sarawak
2025
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://ir.unimas.my/id/eprint/48103/ |
| Abstract | Abstract here |
| Summary: | Penyelidikan ini meneroka strategi pemasaran usahawan kraf tangan Iban di kawasan luar bandar bahagian Kapit, Sarawak, khususnya di daerah Kapit dan Song. Usahawan-usahawan ini aktif dalam penghasilan dan perniagaan kraf tangan tradisional dan menghadapi cabaran seperti kebergantungan kepada strategi pemasaran tradisional, akses terhad kepada teknologi digital, kekurangan sokongan dalam latihan dan infrastruktur, serta kesukaran menembusi pasaran yang lebih luas. Mereka juga berdepan isu seperti modal yang terhad, pendekatan perniagaan digital, dan persaingan daripada produk komersial yang lebih murah, menjejaskan daya saing mereka dalam industri. Oleh itu, penyelidikan ini menggunakan pendekatan kualitatif berdasarkan Model Campuran Pemasaran 7P untuk mendapatkan pemahaman yang lebih mendalam mengenai pendekatan pemasaran yang digunakan oleh usahawan kraf tangan Iban. Data dikumpulkan melalui temu bual terbuka secara bersemuka dan melalui telefon dengan 12 informan. Penemuan penyelidikan ini menunjukkan bahawa strategi pemasaran mereka kekal dalam pendekatan tradisional dan mereka belum memanfaatkan strategi pembangunan perniagaan moden. Penyelidikan ini menawarkan cadangan komprehensif untuk memperkasakan usahawan kraf tangan Iban dalam mengatasi cabaran pemasaran dan bersaing dalam era digital semasa. Sokongan daripada kerajaan, NGO, dan individu amat penting untuk memajukan dan mengekalkan industri kraf tangan, terutamanya di kawasan luar bandar seperti Kapit dan Song. Penubuhan Pusat Pengurusan Kraf Tangan di bahagian Kapit merupakan inisiatif ke hadapan disesuaikan dengan norma sosio-budaya Kapit untuk dan merancakkan ekonomi tempatan dan perlancongan.
Kata kunci: Usahawan, kraftangan, Iban, pembangunan luar bandar, strategi pemasaran |
|---|