Peranan Metakognisi dalam Proses Penyelesaian Masalah Sistem Penyalaan Kenderaan Automotif di Kalangan Pelajar Kolej Vokasional

Sistem Penyalaan Kenderaan adalah komponen penting bagi pelajar yang mengambil kursus Teknologi Automotif. Walaupun kajian terdahulu lebih memfokuskan kepada subjek berasaskan teori, kajian yang melibatkan subjek teknikal seperti ini adalah terhad. Objektif pertama kajian ini adalah untuk mengkaji p...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Chi Chian, Voon
Format: Thesis
Language:English
English
English
Published: Universiti Malaysia Sarawak 2025
Subjects:
Online Access:http://ir.unimas.my/id/eprint/48554/
Abstract Abstract here
Description
Summary:Sistem Penyalaan Kenderaan adalah komponen penting bagi pelajar yang mengambil kursus Teknologi Automotif. Walaupun kajian terdahulu lebih memfokuskan kepada subjek berasaskan teori, kajian yang melibatkan subjek teknikal seperti ini adalah terhad. Objektif pertama kajian ini adalah untuk mengkaji proses metakognisi pelajar dalam menyelesaikan masalah berkaitan sistem penyalaan kenderaan. Objektif kedua adalah untuk memahami jenis- jenis metakognisi di kalangan pelajar. Objektif terakhir adalah untuk membentuk model metakognisi pelajar berhubung dengan sistem penyalaan kenderaan. Kajian ini menggunakan pendekatan penyelidikan kualitatif dengan reka bentuk kajian kes dan analisis tematik sebagai teknik pengkodan. Kaedah pengumpulan data melibatkan temu bual dan pemerhatian. Penemuan kajian menunjukkan satu tema utama, tiga subtema, dua belas kategori, empat belas subkategori, sebelas elemen, dan dua sub-elemen. Keputusan kajian menunjukkan bahawa penyelesaian masalah sistem penyalaan kenderaan memberi kesan positif kepada pencapaian akademik dan memberi impak kepada komuniti luar bandar. Walau bagaimanapun, hasil kajian ini tidak boleh digeneralisasikan disebabkan oleh penggunaan kaedah pensampelan bukan kebarangkalian. Penyelidikan lanjut disarankan untuk menggunakan pendekatan pensampelan kebarangkalian bagi menghasilkan generalisasi. Sumbangan kajian ini kepada bidang Teknologi Automotif berkaitan dengan teori rangkaian sosial, yang menunjukkan bahawa hubungan rapat dan nod individu dalam rangkaian memberi kesan positif terhadap pencapaian akademik, manakala hubungan lemah mempunyai kaitan negatif dengan pencapaian akademik. Implikasi kepada dasar pendidikan adalah bahawa hubungan dalam rangkaian sosial, termasuk antara ibu bapa, sekolah, dan rakan sebaya, boleh dimanfaatkan sepenuhnya untuk membantu pelajar meningkatkan pencapaian akademik mereka.