Kata Kerja dalam Bahasa Iban: Suatu Analisis Morfologi Berdasarkan Teks-teks Berita Suara Sarawak
Bahasa Iban telah lama bertapak sebagai bahasa tulisan dan diajarkan sebagai subjek elektif di peringkat sekolah-sekolah mahupun di peringkat IPTA. Walau bagaimanapun, penyelidikan bahasa Iban yang menyentuh laras formal masih kurang dijalankan secara komprehensif. Penyelidikan ini melaporkan dapata...
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Thesis |
| Language: | English English English English |
| Published: |
Unimas Repositary
2025
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://ir.unimas.my/id/eprint/48604/ |
| Abstract | Abstract here |
| Summary: | Bahasa Iban telah lama bertapak sebagai bahasa tulisan dan diajarkan sebagai subjek elektif di peringkat sekolah-sekolah mahupun di peringkat IPTA. Walau bagaimanapun, penyelidikan bahasa Iban yang menyentuh laras formal masih kurang dijalankan secara komprehensif. Penyelidikan ini melaporkan dapatan kajian yang memeri pembentukan kata kerja terbitan bahasa Iban dalam laras berita. Deskripsi pembentukan kata kerja bahasa Iban dalam kajian ini menerapkan kerangka Sistem Nahu (Omar, 2015) yang berasaskan teori sistemik-fungsional. Kajian ini memanfaatkan data korpus dari teks berita dalam akhbar Suara Sarawak. Analisis kata kerja dalam kajian ini melibatkan ayat formal. Teks berita yang dipilih berkaitan dengan isu politik, ekonomi, pendidikan, pertanian, sosial serta bencana. Keseluruhan teks berita yang dianalisis ialah sebanyak 120 teks. Teks-teks dari korpus berita ialah sebanyak 24,000 patah perkataan. Jumlah keseluruhan data yang diperolehi ialah sebanyak 135 kata kerja. Dari segi pengkategorian kata, dapat dirumuskan bahawa kata kerja jenis perbuatan lebih kerap ditemui berbanding kata kerja keadaan. Dalam pembentukan kata, proses pengimbuhan dan asimilasi homorganik nasal merupakan proses yang paling produktif. Selain itu, proses peminjaman dan pemajmukan turut produktif dalam memperkayakan perbendaharaan kata bahasa Iban. Bahasa Iban banyak meminjam kata daripada bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Kajian ini mendapati sejumlah 11 imbuhan kata kerja. Berbanding dengan bahasa lisan, kata kerja dalam penulisan formal seperti teks berita kerap menggunakan pengimbuhan awalan dan apitan seperti be-, di-, te-, N-, N-...-ka, di-...-ka, be-...-ka, te-...-ka. Selain itu, proses pengimbuhan dan asimilasi homorganik nasal turut menyebabkan perubahan morfofonemik dalam proses penerbitan kata bahasa Iban. Proses asimilasi homorganik nasal di posisi awal kata dasar merupakan ciri khusus bahasa Iban yang membezakannya daripada sistem pengimbuhan bahasa Melayu standard. Secara tidak langsung, dapatan kajian ini telah menunjukkan perkembangan kata kerja bahasa Iban dalam laras formal khususnya dalam penulisan teks berita. |
|---|