Penerapan KBAT Dalam PdPc Penulisan Karangan Bahasa Melayu SPM
Kajian ini dijalankan untuk meneroka penerapan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) penulisan karangan Bahasa Melayu SPM. Empat orang guru Bahasa Melayu yang mengajar Tingkatan 4 dan 5 telah dipilih sebagai peserta kajian dan teknik persampelan betujuan...
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Thesis |
| Language: | English English English |
| Published: |
UNIMAS
2024
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://ir.unimas.my/id/eprint/49038/ |
| Abstract | Abstract here |
| Summary: | Kajian ini dijalankan untuk meneroka penerapan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) penulisan karangan Bahasa Melayu SPM. Empat orang guru Bahasa Melayu yang mengajar Tingkatan 4 dan 5 telah dipilih sebagai peserta kajian dan teknik persampelan betujuan telah digunakan dalam kajian ini. Kajian ini dijalankan di sebuah sekolah menengah IB (International Barccalaureate) di Bahagian Samarahan, Sarawak. Kajian ini dijalankan untuk merungkai persoalan kajian iaitu kaedah guru menerapkan KBAT dalam proses pra-PdPc, semasa PdPc dan pasca-PdPc penulisan karangan Bahasa Melayu SPM. Pengumpulan data dilakukan menerusi temu bual secara mendalam dan penganalisisan dokumen yang melibatkan hasil kerja murid. Analisis data secara tematik dilakukan untuk mendapatkan tema-tema yang relevan bagi menjawab persoalan kajian. Tiga tema yang diperoleh untuk menjawab persoalan kajian ialah (i) penerapan KBAT dalam pra-PdPc penulisan karangan Bahasa Melayu SPM, (ii) penerapan KBAT semasa PdPc penulisan karangan Bahasa Melayu SPM dan (iii) penerapan KBAT dalam pasca-PdPc penulisan karangan Bahasa Melayu SPM. Dapatan kajian menunjukkan dalam proses PdPc penulisan karangan Bahasa Melayu SPM, penerapan KBAT yang melibatkan pelbagai aras berfikir berlaku dalam pra-PdPc, semasa PdPc dan pasca-PdPc. Tatacara penerapan KBAT dalam PdPc penulisan karangan Bahasa Melayu yang terbentuk daripada hasil kajian ini boleh digunakan oleh guru Bahasa Melayu sebagai panduan dalam pengajaran karangan. |
|---|
