Kesan Kepimpinan Instruksional ke atas Komitmen Organisasi Guru di Sarawak: Kepengikutan sebagai Mediator

Kejayaan pendidikan sangat dipengaruhi oleh tahap komitmen organisasi guru. Namun, peranan kepimpinan instruksional dalam membentuk komitmen tersebut masih belum difahami sepenuhnya. Ketidakselarasan dapatan kajian terdahulu membuka ruang untuk penyelidikan baharu khususnya dalam konteks Sarawak yan...

وصف كامل

التفاصيل البيبلوغرافية
المؤلف الرئيسي: CAMMELLIA, OTHMAN
التنسيق: أطروحة
اللغة:الإنجليزية
الإنجليزية
الإنجليزية
منشور في: UNIMAS 2025
الموضوعات:
الوصول للمادة أونلاين:http://ir.unimas.my/id/eprint/49895/
Abstract Abstract here
الوصف
الملخص:Kejayaan pendidikan sangat dipengaruhi oleh tahap komitmen organisasi guru. Namun, peranan kepimpinan instruksional dalam membentuk komitmen tersebut masih belum difahami sepenuhnya. Ketidakselarasan dapatan kajian terdahulu membuka ruang untuk penyelidikan baharu khususnya dalam konteks Sarawak yang berdepan cabaran geografi, infrastruktur dan sosio-budaya yang unik. Jadi, kajian ini bertujuan mengenal pasti kesan kepimpinan instruksional terhadap komitmen organisasi guru dengan memberi tumpuan kepada peranan kepengikutan sebagai mediator. Reka bentuk kajian ini adalah kajian kuantitatif berbentuk korelasi (correlational research design) yang melibatkan 894 guru sekolah rendah yang dipilih melalui persampelan kluster. Data dikumpul dengan menggunakan instrumen soal selidik secara atas talian melalui aplikasi Google Forms. Principal Instructional Management Rating Scale (PIMRS) yang dibangunkan oleh Philip Hallinger (2013) telah digunakan bagi mengukur tingkah laku guru besar. The Revised of Kelly Followership Questionnaire (KFQ-R) yang telah dibuat semakan semula oleh Kevin et al. (2019) dan Three Component Model Employee Commitment Survey (TCM-ECS) versi semakan yang dibangunkan oleh Meyer dan Allen (2004) pula digunakan untuk mengukur tingkah laku guru. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) untuk analisis deskriptif dan kebolehpercayaan awal manakala Partial Least Squares Structural Equation Modelling (PLS-SEM) melalui perisian SmartPLS digunakan bagi menilai kebolehpercayaan, kesahan serta hubungan antara pemboleh ubah. Dapatan kajian menunjukkan kepimpinan instruksional mempunyai hubungan positif dan signifikan dengan komitmen organisasi. Analisis lanjut membuktikan kepengikutan berfungsi sebagai mediator yang signifikan dalam hubungan tersebut. Kajian ini memperkukuh aplikasi Teori Pembelajaran Sosial Bandura dalam kepimpina pendidikan serta menyediakan bukti empirikal baharu dalam konteks sekolah rendah di Sarawak. Dapatan juga memberi implikasi praktikal kepada pentadbir sekolah dan pembuat dasar dalam merangka program kepimpinan instruksional dan kepengikutan yang berkesan bagi meningkatkan komitmen guru. Kata kunci: Kepimpinan instruksional, kepengikutan, komitmen organisasi,