Penerokaan Pengajaran Bahasa Melayu Komunikasi melalui Pengintegrasian PTPK-UDL untuk Murid Berkeperluan Pendidikan Khas Kurang Upaya Intelektual di Program Pendidikan Khas Integrasi

Kajian ini bertujuan meneroka pengintegrasian Pengetahuan Teknologi, Pedagogi dan Kandungan (PTPK) serta Reka Bentuk Pembelajaran Sejagat (UDL) dalam pengajaran Bahasa Melayu Komunikasi (BMK) untuk Murid Berkeperluan Pendidikan Khas Kurang Upaya Intelektual (MBPK KUI) di Program Pendidikan Khas Inte...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: ROSNANI, SAINI
Format: Thesis
Language:English
English
English
Published: UNIMAS 2025
Subjects:
Online Access:http://ir.unimas.my/id/eprint/49931/
Abstract Abstract here
Description
Summary:Kajian ini bertujuan meneroka pengintegrasian Pengetahuan Teknologi, Pedagogi dan Kandungan (PTPK) serta Reka Bentuk Pembelajaran Sejagat (UDL) dalam pengajaran Bahasa Melayu Komunikasi (BMK) untuk Murid Berkeperluan Pendidikan Khas Kurang Upaya Intelektual (MBPK KUI) di Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI). Pengajaran BMK untuk MBPK KUI di PPKI memerlukan pendekatan yang khusus melalui penguasaan pelbagai pengetahuan dan kemahiran guru. Namun, sejauh mana pengetahuan teknologi, pedagogi, kandungan dan prinsip UDL dalam kalangan guru PPKI masih perlu diterokai untuk memastikan pengajaran yang berkesan. Pengintegrasian kesemua elemen ini dalam pengajaran BMK untuk MBPK KUI juga masih kurang diberi perhatian dalam kajian sedia ada, terutamanya di PPKI. Kajian kualitatif ini melibatkan empat orang guru PPKI yang mengajar BMK di dua buah sekolah berlainan. Data dikumpul melalui temu bual separa berstruktur, pemerhatian di dalam kelas, dan analisis dokumen. Dapatan kajian menunjukkan penggunaan seimbang antara teknologi rendah dan tinggi dalam pengajaran BMK dengan pengintegrasian prinsip UDL yang menyokong kepelbagaian cara pembelajaran. Strategi pedagogi yang pelbagai dan fleksibel digunakan untuk memenuhi keperluan pembelajaran MBPK KUI yang berbeza, manakala kandungan BMK disesuaikan mengikut tahap keupayaan murid melalui penggunaan situasi autentik. Amalan terbaik yang dikenal pasti termasuk program mentor BMK, simulasi situasi harian, penghasilan bahan pembelajaran digital, dan carta pemantauan visual. Dapatan kajian mendapati, Model PTPK-UDL Benton-Borghi telah diadaptasi untuk menghasilkan satu kerangka pengajaran BMK yang komprehensif dan sesuai dengan konteks di PPKI. Model yang diadaptasi ini menggabungkan elemen PTPK dan prinsip UDL dengan berkesan dan disokong oleh teori-teori pembelajaran yang relevan bagi menyediakan satu kerangka pengajaran yang mengambil kira keperluan khusus dan realiti pelaksanaan pengajaran BMK untuk MBPK KUI di PPKI.