Hubungan Konflik Kerja Keluarga, Sokongan Sosial dan Kesihatan Mental di Badan Berkanun Malaysia: Keperluan Perkhidmatan Kaunseling Sebagai Moderator
Wanita profesional masa kini berhadapan dengan cabaran besar dalam mengimbangi tuntutan kerjaya dan kehidupan keluarga, terutamanya dalam persekitaran kerja yang semakin kompetitif. Konflik kerja-keluarga yang dialami boleh menjejaskan kesejahteraan mental, apatah lagi jika tidak disokong dengan...
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Thesis |
| Language: | English English |
| Published: |
UNIMAS
2025
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://ir.unimas.my/id/eprint/50031/ |
| Abstract | Abstract here |
| Summary: | Wanita profesional masa kini berhadapan dengan cabaran besar dalam mengimbangi
tuntutan kerjaya dan kehidupan keluarga, terutamanya dalam persekitaran kerja yang
semakin kompetitif. Konflik kerja-keluarga yang dialami boleh menjejaskan kesejahteraan
mental, apatah lagi jika tidak disokong dengan sistem sosial dan psikologi yang kukuh.
Walaupun pelbagai kajian telah dijalankan, terdapat jurang pengetahuan mengenai
bagaimana keperluan terhadap perkhidmatan kaunseling dapat mempengaruhi hubungan
antara konflik kerja-keluarga, sokongan sosial, dan kesihatan mental dalam konteks wanita
profesional di Malaysia. Justeru, kajian ini dijalankan untuk meneliti secara mendalam
faktor-faktor yang menyumbang kepada kesejahteraan mental wanita profesional, khususnya
dalam persekitaran badan berkanun. Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengkaji
hubungan antara konflik kerja-keluarga, sokongan sosial dan kesihatan mental, serta
mengkaji peranan keperluan perkhidmatan kaunseling sebagai pembolehubah moderator.
Kajian ini bertujuan menjawab persoalan sejauh mana konflik kerja dan konflik keluarga
memberi kesan kepada kesihatan mental, serta sama ada sokongan sosial dan keperluan
kaunseling dapat mempengaruhi hubungan tersebut. Beberapa hipotesis telah dikemukakan,
termasuklah jangkaan bahawa konflik kerja dan keluarga memberi kesan negatif terhadap
kesihatan mental, manakala sokongan sosial dan perkhidmatan kaunseling memainkan
peranan sebagai faktor pelindung. Seramai 362 wanita profesional yang berkhidmat di badan
berkanun Malaysia telah dipilih melalui kaedah persampelan bukan rawak bertujuan. Data
dianalisis menggunakan pendekatan disjoint two-stage dengan bantuan perisian SmartPLS.
Kajian mengukur subdimensi konflik kerja dan keluarga serta tiga sumber sokongan sosial
(keluarga, rakan-rakan, dan individu signifikan) terhadap kesihatan mental. Keperluan
perkhidmatan kaunseling diuji sebagai pembolehubah moderator. Dapatan kajian
v
menunjukkan bahawa konflik kerja-keluarga memberi kesan negatif yang signifikan
terhadap kesihatan mental. Sokongan sosial daripada keluarga dan keperluan terhadap
perkhidmatan kaunseling didapati mempunyai hubungan positif dengan kesejahteraan
mental. Selain itu, perkhidmatan kaunseling memainkan peranan penting dalam memoderasi
hubungan antara konflik keluarga dan kesihatan mental serta memperkukuh pengaruh
sokongan sosial terhadap kesejahteraan. Kajian ini mencadangkan agar pihak pengurusan,
terutamanya dalam badan berkanun, memberi perhatian serius terhadap keperluan
psikososial wanita profesional dengan menyediakan akses yang lebih mudah kepada
perkhidmatan kaunseling. Implikasi kajian ini merangkumi sumbangan terhadap
pembangunan dasar kerja yang lebih mesra keluarga, serta menjadi asas bagi kajian lanjutan
berhubung pendekatan intervensi psikologi yang efektif dalam menangani isu tekanan kerja-
keluarga secara lebih menyeluruh. |
|---|