Perkaitan antara orientasi matlamat dan stail kepimpinan jurulatih dengan prestasi pencapaian pasukan bola jaring

Bibliographic Details
Main Author: Sarinah Kasbi
Format: Thesis
Language:Malay
Published: 2014
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=1135
Abstract Abstract here
_version_ 1855625601856045056
author Sarinah Kasbi
author_facet Sarinah Kasbi
author_sort Sarinah Kasbi
description
format Thesis
id upsi-1135
institution Universiti Pendidikan Sultan Idris
language Malay
publishDate 2014
record_format sWADAH
record_pdf Restricted
spelling upsi-11352020-02-27 Perkaitan antara orientasi matlamat dan stail kepimpinan jurulatih dengan prestasi pencapaian pasukan bola jaring 2014 Sarinah Kasbi GV Recreation Leisure Kajian ini bertujuan mengenal pasti perkaitan orientasi matlamat pemain bola jaring, stail kepimpinan jurulatih yang ideal dan sebenar yang diamalkan jurulatih-jurulatih sekolah di Perak dengan prestasi pencapaian pasukan pada Kejohanan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Perak 2012. Kajian ini juga mengenal pasti perkaitan faktor-faktor lain seperti umur dan pengalaman pemain dengan orientasi matlamat dan stail kepimpinan jurulatih. Data dikutip menerusi Task and Ego Orientation in Sport Questionnaire (TEOSQ), Leadership Scale for Sport (LSS) versi kegemaran (ideal) dan persepsi pemain. Responden kajian ialah populasi pemain bawah 15 dan bawah 18 tahun yang mara ke peringkat suku akhir kejohanan tahun 2012 (N= 144). Kaedah tinjauan dan reka bentuk persampelan bertujuan digunakan untuk kajian ini. Hasil kajian menunjukkan pemain bola jaring di MSS Perak untuk kedua-dua kategori mempunyai Orientasi Tugasan yang lebih tinggi berbanding Orientasi Ego. Stail kepimpinan jurulatih yang paling ideal bagi kedua-dua kategori pemain ialah Latihan dan Arahan diikuti Demokratik, Hubungan Sosial dan Maklum Balas Positif. Menurut persepsi pemain bawah 15 tahun dan bawah 18 tahun pula, jurulatih sebenarnya mengamalkan stail Latihan dan Arahan diikuti Demokratik, Hubungan Sosial dan Maklum Balas Positif. Stail kepimpinan jurulatih berpusatkan Autokratik paling kurang ideal dan kurang diamalkan. Hasil ujian-t menunjukkan tidak terdapat perbezaan signifikan antara kedua-dua orientasi matlamat dan stail kepimpinan jurulatih yang ideal. Sebaliknya terdapat perbezaan signifikan bagi stail kepimpinan jurulatih sebenar dimensi Latihan dan Arahan. Analisis korelasi Pearson merumuskan, tidak terdapat perkaitan antara umur dan pengalaman dengan orientasi matlamat dan stail kepimpinan jurulatih ideal. Wujud perkaitan antara umur dengan stail kepimpinan sebenar dimensi Latihan dan Arahan. Tidak terdapat hubungan signifikan antara pengalaman dengan stail kepimpinan jurulatih sebenar. Terdapat perkaitan antara Orientasi Tugasan dan stail kepimpinan jurulatih sebenar dimensi Hubungan Sosial dengan prestasi pencapaian pasukan. Analisis regresi berganda pula menjelaskan orientasi matlamat dan stail kepimpinan jurulatih turut memberi sumbangan yang signifikan atas prestasi pemain. Dicadangkan jurulatih memberi penekanan terhadap pembentukan stail kepimpinan yang mampu memenuhi kehendak pasukan. Setiap jurulatih wajar menitikberatkan pembentukan orientasi matlamat yang jelas dan berupaya mempengaruhi kepuasan dan prestasi atletnya. 2014 thesis https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=1135 https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=1135 text zsm N/A openAccess Masters Universiti Pendidikan Sultan Idris Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan N/A
spellingShingle GV Recreation Leisure
Sarinah Kasbi
Perkaitan antara orientasi matlamat dan stail kepimpinan jurulatih dengan prestasi pencapaian pasukan bola jaring
thesis_level Master
title Perkaitan antara orientasi matlamat dan stail kepimpinan jurulatih dengan prestasi pencapaian pasukan bola jaring
title_full Perkaitan antara orientasi matlamat dan stail kepimpinan jurulatih dengan prestasi pencapaian pasukan bola jaring
title_fullStr Perkaitan antara orientasi matlamat dan stail kepimpinan jurulatih dengan prestasi pencapaian pasukan bola jaring
title_full_unstemmed Perkaitan antara orientasi matlamat dan stail kepimpinan jurulatih dengan prestasi pencapaian pasukan bola jaring
title_short Perkaitan antara orientasi matlamat dan stail kepimpinan jurulatih dengan prestasi pencapaian pasukan bola jaring
title_sort perkaitan antara orientasi matlamat dan stail kepimpinan jurulatih dengan prestasi pencapaian pasukan bola jaring
topic GV Recreation Leisure
url https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=1135
work_keys_str_mv AT sarinahkasbi perkaitanantaraorientasimatlamatdanstailkepimpinanjurulatihdenganprestasipencapaianpasukanbolajaring