| _version_ |
1855626328016945152
|
| author |
Rohaida Ismail
|
| author_facet |
Rohaida Ismail
|
| author_sort |
Rohaida Ismail
|
| description |
|
| format |
Thesis
|
| id |
upsi-12308
|
| institution |
Universiti Pendidikan Sultan Idris
|
| language |
Malay
|
| publishDate |
2012
|
| record_format |
sWADAH
|
| record_pdf |
Restricted
|
| spelling |
upsi-123082025-06-25 Alergi: prevalens dan kejituan diagnostik kendiri dalam kalangan populasi Tanjong Malim 2012 Rohaida Ismail <p>Penyelidikan status pengetahuan, diagnostik kendiri serta faktor penggalak alergi tidak banyak dijalankan di Malaysia. Justeru, satu kajian permulaan dijalankan bagi tujuan mengisi kelompangan ilmu tersebut. Seramai 200 sampel (73 pelajar, 39 guru, 49 ibu dan 39 bapa) telah menjawab semua soalan tentang pengetahuan alergi menggunakan instrumen soal selidik. Seramai 173 sampel pula telah membuat diagnostik kendiri tentang status alergi sebelum menjalani ujian cucuk kulit menggunakan 36 jenis alergen yang berbeza. Hasil kajian mendapati tahap pengetahuan alergi sampel adalah rendah (min 36.8, sisihan piawai 15.15). Tahap pengetahuan guru adalah sederhana (min 49.9, sisihan piawai 11.9); pelajar, ibu dan bapa pada tahap rendah masing-masing dengan min 33.3, 34.5 dan 33.2; sisihan piawai 12.2, 15.9 dan 15.3. Kajian ini juga mendapati 58 (33.5%) mengaku mempunyai alergi tetapi hanya 13.8% yang membuat diagnostik kendirinya dengan tepat. Sebaliknya 90.4% daripada 115 (66.5%) yang mengaku tiada alergi telah membuat diagnostik kendiri yang tepat. Puratanya, 64.7% daripada keseluruhan sampel telah membuat diagnostik kendiri yang tepat. Sampel bandar lebih ramai mempunyai alergi (38.0%) berbanding luar bandar (30.4%). Sampel bandar lebih sensitif terhadap aeroalergen manakala sampel luar bandar lebih sensitif terhadap makanan. Sepuluh jenis alergen yang paling kerap mencetuskan masalah alergi ialah campuran tungau debu rumah, tungau debu rumah Dermatophagoides farinae, tungau debu rumah Dermatophagoides pteronyssinus, lipas, ketam, telur kuning, udang, tembikai, campuran rumput dan kulat Aspergillus. Kajian ini juga mendapati risiko anak yang alergi yang mempunyai ibu atau bapa yang turut alergik atau pun tiada alergik masing-masing pada OR=0.261 (0.090-0.754) dan OR=0.134 (0.042-0.425). Anak lebih berisiko mempunyai alergi jika bapanya alergik (2.2 kali) berbanding ibu alergik (1.8 kali). Terdapat hubungan songsang yang lemah (Pearson-r=-0.255, p=<0.05) di antara alergi dengan penggunaan penyedut habuk dan hubungan lemah (Pearson-r=0.234, p=<0.05) di antara alergi dengan persekitaran berhabuk dalam populasi bandar. Kesimpulannya, sampel kajian mempunyai tahap pengetahuan yang rendah tentang alergi walaupun mempunyai tahap kebimbangan yang tinggi terhadapnya. Ketepatan diagnostik kendiri lebih baik dalam kalangan mereka yang mengaku tiada alergi. Kajian diharapkan memberi pendedahan dan panduan mengenai simptom, punca dan pengurusan alergi supaya dapat melahirkan masyarakat yang celik ilmu tentang alergi.</p> 2012 thesis https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=12308 https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=12308 text zsm N/A openAccess Masters Perpustakaan Tuanku Bainun Fakulti Sains Kemanusiaan N/A
|
| spellingShingle |
Rohaida Ismail
Alergi: prevalens dan kejituan diagnostik kendiri dalam kalangan populasi Tanjong Malim
|
| thesis_level |
Master
|
| title |
Alergi: prevalens dan kejituan diagnostik kendiri dalam kalangan populasi Tanjong Malim
|
| title_full |
Alergi: prevalens dan kejituan diagnostik kendiri dalam kalangan populasi Tanjong Malim
|
| title_fullStr |
Alergi: prevalens dan kejituan diagnostik kendiri dalam kalangan populasi Tanjong Malim
|
| title_full_unstemmed |
Alergi: prevalens dan kejituan diagnostik kendiri dalam kalangan populasi Tanjong Malim
|
| title_short |
Alergi: prevalens dan kejituan diagnostik kendiri dalam kalangan populasi Tanjong Malim
|
| title_sort |
alergi prevalens dan kejituan diagnostik kendiri dalam kalangan populasi tanjong malim
|
| url |
https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=12308
|
| work_keys_str_mv |
AT rohaidaismail alergiprevalensdankejituandiagnostikkendiridalamkalanganpopulasitanjongmalim
|