Hubungan kecerdasan emosi dan tekanan kerja terhadap keberkesanan pengajaran pensyarah Politeknik serta peranan pengalaman kerja sebagai moderator

Bibliographic Details
Main Author: Anas Tajudin
Format: Thesis
Language:Malay
Published: 2015
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=1252
Abstract Abstract here
_version_ 1855625616146038784
author Anas Tajudin
author_facet Anas Tajudin
author_sort Anas Tajudin
description
format Thesis
id upsi-1252
institution Universiti Pendidikan Sultan Idris
language Malay
publishDate 2015
record_format sWADAH
record_pdf Restricted
spelling upsi-12522020-02-27 Hubungan kecerdasan emosi dan tekanan kerja terhadap keberkesanan pengajaran pensyarah Politeknik serta peranan pengalaman kerja sebagai moderator 2015 Anas Tajudin BF Psychology Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti tahap kecerdasan emosi, tekanan kerja dan keberkesanan pengajaran dalam kalangan pensyarah politeknik. Kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti hubungan dan pengaruh antara kecerdasan emosi dan tekanan kerja dengan keberkesanan pengajaran dalam kalangan pensyarah politeknik. Di samping itu, kajian ini juga bertujuan menentukan sama ada pengalaman kerja berfungsi sebagai pemboleh ubah moderator antara kecerdasan emosi dan tekanan kerja dengan keberkesanan pengajaran dalam kalangan pensyarah politeknik. Sejumlah 167 orang pensyarah lelaki dan 126 orang pensyarah perempuan telah dipilih menggunakan kaedah persampelan kelompok dari empat buah politeknik di Malaysia sebagai sampel kajian. Set soal selidik yang mengandungi lima item soalan tertutup dan 55 item berskala 4 likert telah digunakan sebagai instrumen dalam kajian ini. Sebanyak enam hipotesis nol telah dibentuk bagi kajian ini. Untuk tujuan pengujian hipotesis, kaedah statistik Korelasi Pearson, analisis Regresi Linear dan analisis Regresi Pelbagai telah digunakan. Hasil kajian menunjukkan tahap kecerdasan emosi dan keberkesanan pengajaran pensyarah politeknik adalah tinggi manakala tahap tekanan kerja pensyarah politeknik adalah sederhana. Hasil kajian ini juga menunjukkan kecerdasan emosi memberi kesan positif dan mempengaruhi keberkesanan pengajaran pensyarah politeknik, manakala tekanan kerja memberi kesan negatif dan mempengaruhi keberkesanan pengajaran pensyarah politeknik. Hasil analisis regresi pelbagai mendapati pengalaman kerja berfungsi sebagai pemboleh ubah moderator separa antara kecerdasan emosi dan tekanan kerja terhadap keberkesanan pengajaran. Kajian ini memberi implikasi dari segi praktis dengan membuktikan bahawa kecerdasan emosi, tekanan kerja dan pengalaman kerja mempunyai pengaruh ke atas keberkesanan pengajaran dalam kalangan pensyarah politeknik. Berdasarkan hasil kajian ini, cadangan-cadangan bagi keberkesanan pengajaran dalam kalangan pensyarah politeknik dan cadangan untuk kajian lanjut telah dimuatkan sebagai refleksi dan rujukan untuk penyelidikan pada masa akan datang. 2015 thesis https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=1252 https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=1252 text zsm N/A openAccess Doctoral Universiti Pendidikan Sultan Idris Fakulti Pengurusan dan Ekonomi N/A
spellingShingle BF Psychology
Anas Tajudin
Hubungan kecerdasan emosi dan tekanan kerja terhadap keberkesanan pengajaran pensyarah Politeknik serta peranan pengalaman kerja sebagai moderator
thesis_level PhD
title Hubungan kecerdasan emosi dan tekanan kerja terhadap keberkesanan pengajaran pensyarah Politeknik serta peranan pengalaman kerja sebagai moderator
title_full Hubungan kecerdasan emosi dan tekanan kerja terhadap keberkesanan pengajaran pensyarah Politeknik serta peranan pengalaman kerja sebagai moderator
title_fullStr Hubungan kecerdasan emosi dan tekanan kerja terhadap keberkesanan pengajaran pensyarah Politeknik serta peranan pengalaman kerja sebagai moderator
title_full_unstemmed Hubungan kecerdasan emosi dan tekanan kerja terhadap keberkesanan pengajaran pensyarah Politeknik serta peranan pengalaman kerja sebagai moderator
title_short Hubungan kecerdasan emosi dan tekanan kerja terhadap keberkesanan pengajaran pensyarah Politeknik serta peranan pengalaman kerja sebagai moderator
title_sort hubungan kecerdasan emosi dan tekanan kerja terhadap keberkesanan pengajaran pensyarah politeknik serta peranan pengalaman kerja sebagai moderator
topic BF Psychology
url https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=1252
work_keys_str_mv AT anastajudin hubungankecerdasanemosidantekanankerjaterhadapkeberkesananpengajaranpensyarahpolitekniksertaperananpengalamankerjasebagaimoderator