Hubungan antara keupayaan platform digital, budaya inovasi dan prestasi PKS: kedwicekatan kontekstual sebagai pengantaraan dan kapasiti penyerapan sebagai penyederhanaan

Bibliographic Details
Main Author: Mohamad Rohieszan Ramdan
Format: Thesis
Language:Malay
Published: 2022
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=12912
Abstract Abstract here
_version_ 1855626335143067648
author Mohamad Rohieszan Ramdan
author_facet Mohamad Rohieszan Ramdan
author_sort Mohamad Rohieszan Ramdan
description
format Thesis
id upsi-12912
institution Universiti Pendidikan Sultan Idris
language Malay
publishDate 2022
record_format sWADAH
record_pdf Restricted
spelling upsi-129122025-07-07 Hubungan antara keupayaan platform digital, budaya inovasi dan prestasi PKS: kedwicekatan kontekstual sebagai pengantaraan dan kapasiti penyerapan sebagai penyederhanaan 2022 Mohamad Rohieszan Ramdan <p>Teknologi digital dan inovasi telah memberi peluang yang besar kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) untuk terus kekal berdaya saing. Walau bagaimanapun, kekurangan sumber dan keupayaan telah menghalang PKS untuk merebut peluang ini. Berdasarkan Teori Berasaskan Sumber (RBT) dan Teori Keupayaan Dinamik (DC) serta didukung oleh Teori Pembelajaran Organisasi (OL), halangan ini dapat diatasi dengan melaksanakan kedwicekatan kontekstual bagi memaksimumkan keupayaan platform digital dan merealisasikan budaya inovasi. Namun begitu, terdapat firma yang menghadapi gangguan ketidakseimbangan kedwicekatan kontekstual, dan ini memerlukan kapasiti penyerapan sebagai pemangkin untuk meningkatkan prestasi PKS. Secara spesifiknya, kajian ini bertujuan untuk mengkaji (a) hubungan antara budaya inovasi dan prestasi PKS (b) peranan kedwicekatan kontekstual sebagai pengantaraan dalam hubungan antara keupayaan platform digital dan prestasi PKS (c) peranan kedwicekatan kontekstual sebagai pengantaraan dalam hubungan antara budaya inovasi dan prestasi PKS; dan (d) peranan kapasiti penyerapan sebagai penyederhanaan dalam hubungan tidak langsung antara keupayaan platform digital dan budaya inovasi terhadap prestasi PKS menerusi kedwicekatan kontekstual sebagai pengantaraan. Bagi menguji kerangka kajian yang dicadangkan, kajian ini mengambil pendekatan positivisme, deduktif, dan kuantitatif. Data telah dikumpul daripada sampel yang terdiri daripada 300 buah firma PKS di negeri Selangor melalui teknik pensampelan bertujuan. Namun, hanya 277 buah firma PKS sahaja yang digunakan sebagai analisis sebenar setelah membuat analisis awalan. Model Persamaan Berstruktur Kovarians menunjukkan bahawa budaya inovasi dan kedwicekatan kontekstual mempunyai kaitan secara langsung dengan prestasi PKS, begitu juga dengan keupayaan platform digital dan budaya inovasi berkait secara langsung dengan kedwicekatan kontekstual. Dalam aspek hubungan secara tidak langsung, dapatan menunjukkan bahawa kedwicekatan kontekstual berupaya menjadi pengantaraan dalam hubungan antara keupayaan platform digital dan prestasi PKS, begitu juga dalam hubungan antara budaya inovasi dan prestasi PKS. Seterusnya, analisis PROCESS macro menunjukkan kapasiti penyerapan berupaya menjadi penyederhanaan pengantaraan dalam hubungan tidak langsung menerusi kedwicekatan kontekstual. Kajian ini secara teorinya menyumbang kepada ilmu bidang pengurusan menerusi satu kerangka kajian secara menyeluruh didasari oleh RBT, DC, dan OL untuk memberikan penjelasan yang lebih holistik tentang bagaimana firma bertindak dalam meningkatkan prestasi PKS. Di samping itu juga, kajian ini menunjukkan mekanisme kedwicekatan kontekstual sebagai suatu keupayaan dinamik dalam memahami hubungan antara keupayaan platform digital dan prestasi PKS dan hubungan antara budaya inovasi dan prestasi PKS. Akhir sekali, kajian ini menjelaskan kepentingan kapasiti penyerapan dalam menerangkan hubungan antara kedwicekatan kontekstual dan prestasi PKS. Secara praktikalnya, kajian ini memberikan maklumat kepada pengurusan firma bahawa PKS perlu mengeksploitasi keupayaan dinamik yang mereka miliki dengan memaksimumkan keupayaan platform digital dan budaya inovasi dalam meningkatkan prestasi firma, di samping meningkatkan pengetahuan menerusi kedwicekatan kontekstual dan kapasiti penyerapan untuk mencapai prestasi firma yang lebih mapan dan lestari.</p> 2022 thesis https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=12912 https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=12912 text zsm N/A openAccess Doctoral Perpustakaan Tuanku Bainun Fakulti Pengurusan dan Ekonomi N/A
spellingShingle Mohamad Rohieszan Ramdan
Hubungan antara keupayaan platform digital, budaya inovasi dan prestasi PKS: kedwicekatan kontekstual sebagai pengantaraan dan kapasiti penyerapan sebagai penyederhanaan
thesis_level PhD
title Hubungan antara keupayaan platform digital, budaya inovasi dan prestasi PKS: kedwicekatan kontekstual sebagai pengantaraan dan kapasiti penyerapan sebagai penyederhanaan
title_full Hubungan antara keupayaan platform digital, budaya inovasi dan prestasi PKS: kedwicekatan kontekstual sebagai pengantaraan dan kapasiti penyerapan sebagai penyederhanaan
title_fullStr Hubungan antara keupayaan platform digital, budaya inovasi dan prestasi PKS: kedwicekatan kontekstual sebagai pengantaraan dan kapasiti penyerapan sebagai penyederhanaan
title_full_unstemmed Hubungan antara keupayaan platform digital, budaya inovasi dan prestasi PKS: kedwicekatan kontekstual sebagai pengantaraan dan kapasiti penyerapan sebagai penyederhanaan
title_short Hubungan antara keupayaan platform digital, budaya inovasi dan prestasi PKS: kedwicekatan kontekstual sebagai pengantaraan dan kapasiti penyerapan sebagai penyederhanaan
title_sort hubungan antara keupayaan platform digital budaya inovasi dan prestasi pks kedwicekatan kontekstual sebagai pengantaraan dan kapasiti penyerapan sebagai penyederhanaan
url https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=12912
work_keys_str_mv AT mohamadrohieszanramdan hubunganantarakeupayaanplatformdigitalbudayainovasidanprestasipkskedwicekatankontekstualsebagaipengantaraandankapasitipenyerapansebagaipenyederhanaan