Keberkesanan modul pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial menerusi Drama Kreatif (PEERS-DK) terhadap pengetahuan dan kemahiran preventif pencabulan seksual dalam kalangan kanak-kanak prasekolah

書目詳細資料
主要作者: Haneem Said
格式: Thesis
語言:马来语
出版: 2021
在線閱讀:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=13046
Abstract Abstract here
_version_ 1855626347858100224
author Haneem Said
author_facet Haneem Said
author_sort Haneem Said
description
format Thesis
id upsi-13046
institution Universiti Pendidikan Sultan Idris
language Malay
publishDate 2021
record_format sWADAH
record_pdf Restricted
spelling upsi-130462025-07-21 Keberkesanan modul pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial menerusi Drama Kreatif (PEERS-DK) terhadap pengetahuan dan kemahiran preventif pencabulan seksual dalam kalangan kanak-kanak prasekolah 2021 Haneem Said <p>Pencabulan seksual terhadap kanak-kanak merupakan jenayah berat yang kian berleluasa di Malaysia. Isu yang semakin tular di media sosial dan mencetuskan kegusaran banyak pihak ini mampu ditangani sekiranya kanak-kanak diperkasa dengan pengetahuan dan kemahiran preventif pencabulan seksual. Justeru, menerusi kajian ini, sebuah modul keselamatan seksualiti berasaskan Drama Kreatif yang dinamakan sebagai Modul PEERS-DK telah dibina khusus untuk kanak-kanak prasekolah berusia lima dan enam tahun. Pengumpulan data dilaksanakan menerusi beberapa kaedah mengikut tiga fasa kajian yang berbeza. 72 kanak-kanak prasekolah yang dilibatkan dalam kajian ini dibahagikan kepada kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan di mana kumpulan eksperimen telah menjalani sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Kesihatan Reprodukif dan Sosial (PEERS) menerusi Modul PEERS-DK manakala kumpulan kawalan tidak menerima rawatan terbabit. Ujian pra, ujian pasca dan ujian pasca lanjutan ditadbir untuk ke dua-dua kumpulan. Hasil kajian fasa pertama menerusi temu bual terhadap 17 guru prasekolah mendapati bahawa terdapat beberapa kekangan yang dihadapi oleh guru-guru prasekolah dalam pengajaran dan pembelajaran PEERS iaitu topik mencabar, guru malu, guru bimbang, kanak-kanak malu dan tingkah laku disruptif kanak-kanak. Selain itu, dapatan kajian juga mendedahkan bahawa kaedah pengajaran yang menarik, menyeronokkan dan aktiviti yang disukai kanak-kanak prasekolah merupakan faktor-faktor penting yang perlu dititikberatkan bagi merangsang fokus dan mengekalkan daya tumpu mereka dalam pengajaran dan pembelajaran PEERS. Di samping itu, dapatan kajian turut mencungkil cadangan-cadangan daripada para guru di mana mereka menyarankan penggunaan dramatisasi cerita, pantomim, boneka dan lakonan cerita sebagai strategi pengajaran dan pembelajaran PEERS yang efektif untuk kanak-kanak prasekolah. Dapatan kajian fasa ke dua yang diperoleh berdasarkan penilaian pakar mendedahkan bahawa semua aktiviti mencecah lebih 70% aras kesahan kandungan. Sementara itu, nilai _ keempat-empat sesi dengan 16 aktiviti berada antara julat 0.64 hingga 0.92. Analisis U Mann-Whitney yang ditadbir pada fasa ke tiga kajian membuktikan bahawa min skor ujian pasca bagi pencapaian pengetahuan pencabulan seksual kumpulan eksperimen adalah lebih tinggi secara signifikan dan statistik berbanding kumpulan kawalan dengan nilai U= 20.50, ____< 0.05 selain hipotesis ke dua, ke tiga, ke tujuh dan ke sembilan ditolak. Bukan itu sahaja, malah hasil analisis menunjukkan bahawa kanak-kanak prasekolah berupaya menguasai kemahiran preventif pencabulan seksual seperti menjerit meminta pertolongan, melarikan diri, memberitahu orang yang dipercayai mengenai situasi berisiko dan menolak kehendak pemangsa secara verbal dengan berkata, _Jangan_, _Tak nak_ atau _Tak boleh_. Penemuan tersebut disahkan menerusi triangulasi daripada maklum balas ibu-ibu, kanak-kanak prasekolah dan guru. Kesimpulannya, jelaslah bahawa Modul PEERS-DK sangat sesuai digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran PEERS kerana pengaplikasiannya mampu meningkatkan tahap pengetahuan dan kemahiran preventif pencabulan seksual kanak-kanak prasekolah dengan baik. Kata Kunci: Drama Kreatif, kanak-kanak prasekolah, Modul PEERS-DK, pencabulan seksual, Pendidikan Kesihatan Reprodukif dan Sosial</p> 2021 thesis https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=13046 https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=13046 text zsm N/A openAccess Doctoral Perpustakaan Tuanku Bainun Fakulti Pembangunan Manusia N/A
spellingShingle Haneem Said
Keberkesanan modul pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial menerusi Drama Kreatif (PEERS-DK) terhadap pengetahuan dan kemahiran preventif pencabulan seksual dalam kalangan kanak-kanak prasekolah
thesis_level PhD
title Keberkesanan modul pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial menerusi Drama Kreatif (PEERS-DK) terhadap pengetahuan dan kemahiran preventif pencabulan seksual dalam kalangan kanak-kanak prasekolah
title_full Keberkesanan modul pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial menerusi Drama Kreatif (PEERS-DK) terhadap pengetahuan dan kemahiran preventif pencabulan seksual dalam kalangan kanak-kanak prasekolah
title_fullStr Keberkesanan modul pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial menerusi Drama Kreatif (PEERS-DK) terhadap pengetahuan dan kemahiran preventif pencabulan seksual dalam kalangan kanak-kanak prasekolah
title_full_unstemmed Keberkesanan modul pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial menerusi Drama Kreatif (PEERS-DK) terhadap pengetahuan dan kemahiran preventif pencabulan seksual dalam kalangan kanak-kanak prasekolah
title_short Keberkesanan modul pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial menerusi Drama Kreatif (PEERS-DK) terhadap pengetahuan dan kemahiran preventif pencabulan seksual dalam kalangan kanak-kanak prasekolah
title_sort keberkesanan modul pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial menerusi drama kreatif peers dk terhadap pengetahuan dan kemahiran preventif pencabulan seksual dalam kalangan kanak kanak prasekolah
url https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=13046
work_keys_str_mv AT haneemsaid keberkesananmodulpendidikankesihatanreproduktifdansosialmenerusidramakreatifpeersdkterhadappengetahuandankemahiranpreventifpencabulanseksualdalamkalangankanakkanakprasekolah