Penanda pragmatic Ya sebagai peranti kesantunan berbahasa berasaskan Kerangka Amalgamasi Santun

التفاصيل البيبلوغرافية
المؤلف الرئيسي: Husna Faredza Mohamed Redzwan
التنسيق: أطروحة
اللغة:الماليزية
منشور في: 2020
الوصول للمادة أونلاين:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=13338
Abstract Abstract here
_version_ 1855626379647778816
author Husna Faredza Mohamed Redzwan
author_facet Husna Faredza Mohamed Redzwan
author_sort Husna Faredza Mohamed Redzwan
description
format Thesis
id upsi-13338
institution Universiti Pendidikan Sultan Idris
language Malay
publishDate 2020
record_format sWADAH
record_pdf Restricted
spelling upsi-133382025-09-29 Penanda pragmatic Ya sebagai peranti kesantunan berbahasa berasaskan Kerangka Amalgamasi Santun 2020 Husna Faredza Mohamed Redzwan <p>Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti pola kesantunan berbahasa dalam posisi yang diduduki oleh penanda pragmatik ya dan fungsi penanda pragmatik ya berdasarkan makna pragmatik berasaskan Kerangka Amalgamasi Santun. Selain itu, tujuan kajian ini dilakukan untuk memperlihatkan kesan kehadiran penanda pragmatik ya terhadap daya ilokusi lakuan tuturan. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kualitatif berasaskan analisis kandungan rakaman rancangan wawancara di televisyen, iaitu Selami Jiwa bertajuk Pasangan Kuat Merajuk. Saiz korpus adalah sebanyak 3589 perkataan dengan kehadiran 110 penanda pragmatik ya. Instrumen kajian yang digunakan bagi mencapai objektif ialah senarai semak dan jadual pencerapan. Selain itu, perisian AntConc. 3.5.8 digunakan untuk memproses data dalam bentuk konkordans yang seterusnya ditranskripsikan sebelum dianalisis. Kerangka Amalgamasi Santun yang menggabungkan Prinsip Kerjasama Grice (1975), Prinsip Kesantunan Leech (1983, 2014) dan Strategi Kesantunan Brown dan Levinson (1987) diaplikasikan bagi menganalisis data. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penanda pragmatik ya hadir dalam 18 pola teras amalgamasi santun menerusi Kerangka Amalgamasi Santun. Selain itu, penanda pragmatik ya juga didapati hadir menerusi tiga taksonomi lakuan tuturan yang dianjurkan oleh Searle (1969), iaitu lakuan asertif (41.82%), lakuan direktif (48.18%) dan lakuan ekspresif (10.00%). Secara umumnya, penanda pragmatik ya didapati berperanan sebagai intensifier yang menguatkan daya ilokusi lakuan tuturan asertif dan ekspresif. Penanda pragmatik ya juga didapati berperanan sebagai mitigator yang melemahkan daya ilokusi lakuan ancaman muka direktif. Secara khususnya, berasaskan Kerangka Amalgamasi Santun, sejumlah 16 fungsi interpersonal penanda pragmatik ya dapat diserlahkan. Jelasnya, kajian ini diyakini memberi nilai tambah menerusi dapatan baharu dalam mendeskripsi fungsi penanda pragmatik ya sebagai peranti kesantunan berbahasa menerusi mod interaksional dan mod sikap. Turut sama penting, Kerangka Amalgamasi Santun didapati berupaya menyerlahkan fungsi penanda pragmatik ya yang autentik dengan pendeskripsian secara teoretikal. Kesimpulannya, kajian ini menunjukkan kehadiran penanda pragmatik ya semasa berinteraksi turut menyumbang sebagai salah satu nilai santun berbahasa yang wujud dalam bahasa Melayu.</p> 2020 thesis https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=13338 https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=13338 text zsm N/A openAccess Doctoral Perpustakaan Tuanku Bainun Fakulti Bahasa dan Komunikasi N/A
spellingShingle Husna Faredza Mohamed Redzwan
Penanda pragmatic Ya sebagai peranti kesantunan berbahasa berasaskan Kerangka Amalgamasi Santun
thesis_level PhD
title Penanda pragmatic Ya sebagai peranti kesantunan berbahasa berasaskan Kerangka Amalgamasi Santun
title_full Penanda pragmatic Ya sebagai peranti kesantunan berbahasa berasaskan Kerangka Amalgamasi Santun
title_fullStr Penanda pragmatic Ya sebagai peranti kesantunan berbahasa berasaskan Kerangka Amalgamasi Santun
title_full_unstemmed Penanda pragmatic Ya sebagai peranti kesantunan berbahasa berasaskan Kerangka Amalgamasi Santun
title_short Penanda pragmatic Ya sebagai peranti kesantunan berbahasa berasaskan Kerangka Amalgamasi Santun
title_sort penanda pragmatic ya sebagai peranti kesantunan berbahasa berasaskan kerangka amalgamasi santun
url https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=13338
work_keys_str_mv AT husnafaredzamohamedredzwan penandapragmaticyasebagaiperantikesantunanberbahasaberasaskankerangkaamalgamasisantun