Profil guru kokurikulum sekolah menengah

書目詳細資料
主要作者: Badaruddin Yeop
格式: Thesis
語言:马来语
出版: 2007
在線閱讀:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=13348
Abstract Abstract here
_version_ 1855626381037142016
author Badaruddin Yeop
author_facet Badaruddin Yeop
author_sort Badaruddin Yeop
description
format Thesis
id upsi-13348
institution Universiti Pendidikan Sultan Idris
language Malay
publishDate 2007
record_format sWADAH
record_pdf Restricted
spelling upsi-133482025-09-30 Profil guru kokurikulum sekolah menengah 2007 Badaruddin Yeop <p>Kajian ini bertujuan untuk membina protil guru kokurikulum di Malaysia. Profil tersebut dibina dengan meninjau profil guru kokurikulum yang dihasratkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, profil guru kokurikulum yang dikehendaki oleh pihak sekolah, pandangan pihak maktab perguruan dan universiti yang menyediakan guru kokurikulum untuk sekolah menengah serta pemerhatian terhadap amalan kokurikulum di beberapa sekolah menengah. Protll guru kokurikulum adalah berfaedah dan boleh dijadikan garis panduan untuk melatih bakal-bakal guru dalam bidang kokurikulum agar pelaksanaannya lebih berkesan, sistematik dan memenuhi aspirasi membentuk insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek sebagaimana terdapat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Data kajian diperoleh dengan mengunakan kaedah analisis dokumen, temubual dan pemerhatian. Data tersebut di triangulasi untuk mengenalpasti ciri-ciri yang dijadikan sebagai asas kepada pembinaan profil guru kokurikulum. Kajian ini juga telah memberi perhatian terhadap cabaran yang dihadapi oleh guru kokurikulum di sekolah menengah serta bentuk penilaian yang dibuat. Pada keseluruhannya ini merupakan satu kajian deskriptif yang mementingkan pandangan mereka yang mempunyai prihatin serta kepentingan terhadap kokurikulum. Analisis dokumen melibatkan Surat-Surat Pekeliling Ikhtisas berkaitan kokurikulum (23 pekeliling), Dokumen Tatasusila Perguruan, Buku Panduan Pelaksanaan Gerak kerja Kokurikulum Maktab Perguruan serta Universiti Utara Malaysia dan Buku Panduan Pelaksanaan Kokurikulum Jemaah Nazir Sekolah. Penyelidik telah menemubual seramai 24 orang Stakeholders kokurikulum dari peringkat Kementerian Pelajaran Malaysia, Jemaah Nazir Sekolah, Pensyarah, Pegawai Pelajaran Negeri serta Daerah, Pengetua dan Penolong Kanan Kokurikulum di sekolah yang terlibat. Pemerhatian terhadap penggendalian aktiviti kokurikulum dibuat ke atas enam buah sekolah yang cemerlang dalam kokurikulum pada tahun 2005 dan 2006 dalam daerah Kota Setar. Berdasarkan kaedah di atas satu trangulasi data hasilan analisis dokumen, temu bual dan pemerhatian dibuat. Isu-isu utama yang ditonjolkan dari dokumen, temu bual dan pemerhatian disintesis untuk menjawab persoalan kajian dan mewujudkan profil guru kokurikulum. Berasaskan dapatan kajian, penyelidik telah membentuk satu cadangan 'Profil Guru Kokurikulum Sekolah Menengah yang merangkumi tiga komponen iaitu komponen pengetahuan yang mengandungi lima ciri, komponen kemahiran yang mengandungi enam ciri dan komponen sikap yang mengandungi dua belas ciri. Penyelidik juga telah menghasilkan empat lagi profil guru kokurikulum iaitu kategori persatuan akademik, kelab hobi, sukan permainan dan badan berunifom.</p><p></p> 2007 thesis https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=13348 https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=13348 text zsm N/A openAccess Masters Perpustakaan Tuanku Bainun Fakulti Pembangunan Manusia N/A
spellingShingle Badaruddin Yeop
Profil guru kokurikulum sekolah menengah
thesis_level Master
title Profil guru kokurikulum sekolah menengah
title_full Profil guru kokurikulum sekolah menengah
title_fullStr Profil guru kokurikulum sekolah menengah
title_full_unstemmed Profil guru kokurikulum sekolah menengah
title_short Profil guru kokurikulum sekolah menengah
title_sort profil guru kokurikulum sekolah menengah
url https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=13348
work_keys_str_mv AT badaruddinyeop profilgurukokurikulumsekolahmenengah