| _version_ |
1855626403068772353
|
| author |
Yahya Osman
|
| author_facet |
Yahya Osman
|
| author_sort |
Yahya Osman
|
| description |
|
| format |
Thesis
|
| id |
upsi-13479
|
| institution |
Universiti Pendidikan Sultan Idris
|
| language |
Malay
|
| publishDate |
2011
|
| record_format |
sWADAH
|
| record_pdf |
Restricted
|
| spelling |
upsi-134792025-10-28 Konflik interpersonal semasa interaksi melalui komunikasi perantaraan komputer (CMC) dalam persekitaran pembelajaran konstruktif 2011 Yahya Osman <p>Teknologi komunikasi perantaraan komputer (computer mediated communication [CMC]) telah diaplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran secara meluas dalam kalangan generasi Y sama ada secara sikroni atau tidak sikroni. Namun, interaksi melalui CMC telah menyebabkan berlaku konflik interpersonal kerana sifatnya serta perbezaan latarbelakang individu. Perbezaan personaliti dan pendekatan pembelajaran memberi kesan kepada pemilihan pola pengurusan konflik oleh individu. Oleh itu fokus kajian ini adalah untuk menentukan kesan lokus kawalan dan pendekatan pembelajaran konstruktif ke atas lima (5) jenis pola pengurusan konflik individu iaitu bersaing, elakan, akomodasi, kompromi dan kolaborasi. Kajian percubaan ini telah menggunakan reka bentuk faktorial 2x2 dengan ujian pasca sahaja. Model Pembelajaran dalam talian Salmon telah digunakan dalam mengendalikan sesi pengajaran dan pembelajaran dalam talian. Tiga instrumen digunakan dalam kajian iaitu Intellectual Achievement Responsibility Questionnaire, Interpersonal Conflict Management Inventory dan Soal Selidik Ukuran Kualiti Program Dalam Talian. Sampel kajian terdiri daripada 126 orang pengguna Internet sukarela dalam kalangan pelajar dewasa dari dalam dan luar negara dengan pemilihan sampel menggunakan reka bentuk rawak blok pada aras p=2. Kumpulan pembelajaran konstruktif berpandu menggunakan modul latihan asertif dan koperatif manakala kumpulan pembelajaran konstruktif bebas tidak menggunakan modul dalam sesi pembelajaran melalui CMC sinkroni (chat) dan tidak sinkroni (web). Hasil ANOVA dua hala mendapati nilai min pola bersaing, akomodasi, dan elakan, bagi kumpulan konstruktif bebas signifikan (p<.05) lebih tinggi daripada konstruktif berpandu. Manakala min pola kompromi, dan kolaborasi bagi kumpulan konstruktif berpandu signifikan (p<.05) lebih tinggi daripada konstruktif bebas. Hasil kajian juga menunjukkan perbezaan signifikan (p<.05) dalam semua nilai min di antara kumpulan lokus dalaman dan kumpulan lokus luaran bagi pola bersaing, akomodasi, elakan dan kolaborasi. Kajian juga mendapati wujud kesan interaksi antara pendekatan pembelajaran konstruktif-lokus kawalan bagi semua pola pengurusan konflik. Di samping itu, dapatan kajian juga menunjukkan perbezaan yang signifikan (p<.05) persepsi terhadap modul latihan di antara kumpulan lokus luaran dan lokus dalaman. Kumpulan lokus luaran lebih menerima modul web pengurusan konflik berbanding kumpulan lokus dalaman dalam semua aspek persepsi kecuali aspek teknikal. Min bagi aspek keluwesan, maklumbalas dan sokongan rakan, pembelajaran, interaksi, kebolehgunaan dan kemudahgunaan dan kepuasan bagi kumpulan lokus luaran lebih tinggi berbanding kumpulan lokus dalaman. Implikasi dari kajian ini menunjukkan bahawa individu dalam pembelajaran konstruktif berpandu lebih menunjukkan sifat kolaboratif dan koperatif dalam mengurus konflik. Jika persekitaran pembelajaran konstruktif bebas, pelajar kumpulan lokus dalaman lebih mendominasi pembelajaran dan kumpulan lokus luaran akan mengelak dan menggunakan pola akomodasi. Namun, dengan pendekatan pembelajaran konstruktif berpandu, kumpulan lokus luaran dan dalaman telah memperoleh manfaat apabila pola konflik cara kolaboratif ditingkatkan. Oleh itu, penyedia bahan pengajaran dan pembelajaran menggunakan medium CMC perlu mengambil kira jenis pendekatan pembelajaran dan personaliti pengguna supaya pembelajaran yang disediakan memberi kesan yang optimum.</p> 2011 thesis https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=13479 https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=13479 text zsm N/A openAccess Doctoral Perpustakaan Tuanku Bainun Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif N/A
|
| spellingShingle |
Yahya Osman
Konflik interpersonal semasa interaksi melalui komunikasi perantaraan komputer (CMC) dalam persekitaran pembelajaran konstruktif
|
| thesis_level |
PhD
|
| title |
Konflik interpersonal semasa interaksi melalui komunikasi perantaraan komputer (CMC) dalam persekitaran pembelajaran konstruktif
|
| title_full |
Konflik interpersonal semasa interaksi melalui komunikasi perantaraan komputer (CMC) dalam persekitaran pembelajaran konstruktif
|
| title_fullStr |
Konflik interpersonal semasa interaksi melalui komunikasi perantaraan komputer (CMC) dalam persekitaran pembelajaran konstruktif
|
| title_full_unstemmed |
Konflik interpersonal semasa interaksi melalui komunikasi perantaraan komputer (CMC) dalam persekitaran pembelajaran konstruktif
|
| title_short |
Konflik interpersonal semasa interaksi melalui komunikasi perantaraan komputer (CMC) dalam persekitaran pembelajaran konstruktif
|
| title_sort |
konflik interpersonal semasa interaksi melalui komunikasi perantaraan komputer cmc dalam persekitaran pembelajaran konstruktif
|
| url |
https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=13479
|
| work_keys_str_mv |
AT yahyaosman konflikinterpersonalsemasainteraksimelaluikomunikasiperantaraankomputercmcdalampersekitaranpembelajarankonstruktif
|