Sistem pengukuran prestasi, kompetensi, kepuasan kerja dan prestasi pensyarah universiti penyelidikan awam di Malaysia

Bibliographic Details
Main Author: Sharul Effendy Janudin
Format: Thesis
Language:Malay
Published: 2015
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=2700
Abstract Abstract here
_version_ 1855625675649581056
author Sharul Effendy Janudin
author_facet Sharul Effendy Janudin
author_sort Sharul Effendy Janudin
description
format Thesis
id upsi-2700
institution Universiti Pendidikan Sultan Idris
language Malay
publishDate 2015
record_format sWADAH
record_pdf Restricted
spelling upsi-27002020-02-27 Sistem pengukuran prestasi, kompetensi, kepuasan kerja dan prestasi pensyarah universiti penyelidikan awam di Malaysia 2015 Sharul Effendy Janudin HD Industries. Land use. Labor Hasrat kerajaan Malaysia untuk menjadi hab pengajian tinggi terkemuka mendorong pihak pengurusan universiti menambah baik sistem pengukuran pre stasi yang digunakan bagi keperluan memenuhi tuntutan pemegang taruh yang pelbagai. Sistem pengukuran prestasi daripada organisasi perniagaan diadaptasi sebagai alat pengurusan universiti dengan mengambil kira kecemerlangan universiti bergantung kepada prestasi kerja pensyarah. Kekurangan kajian yang mengukur kesan sistem pengukuran pre stasi terhadap prestasi kerja di peringkat individu menjadi fokus utama kajian ini. Lima hipotesis diuji dalam kajian ini dibina berdasarkan Model Prestasi Kerja yang menekankan interaksi antara peluang, kapasiti dan kesanggupan sebagai faktor yang mempengaruhi prestasi kerja individu. Sistem pengukuran prestasi mewakili dimensi peluang, kompetensi mewakili kapasiti dan kepuasan kerja pula mewakili kesanggupan diuji sebagai faktor yang mempengaruhi prestasi kerja pensyarah. Kajian menggunakan kaedah tinjauan di mana persepsi responden diperoleh melalui soal selidik. Responden terdiri daripada pensyarah di lima buah universiti penyelidikan awam. Pemilihan sampel dilakukan berdasarkan pensampelan rawak berstrata. Proses analisis data berdasarkan Pemodelan Persamaan Berstruktur menggunakan perisian AMOS. Kajian mendapati sistem pengukuran prestasi, kompetensi dan kepuasan kerja mempunyai hubungan langsung yang signifikan dengan prestasi kerja. Selain itu, ujian mendapati kompetensi dan kepuasan kerja merupakan pemboleh ubah pengantara penuh antara sistem pengukuran prestasi dan prestasi kerja. Model sistem pengukuran prestasi yang mengandungi elemen strategik, komprehensif dan dinamik didapati diamalkan dalam pengurusan universiti berkaitan. Sumbangan kajian secara teoretikal adalah pembuktian sistem pengukuran prestasi sebagai faktor peluang untuk cemerlang dalam prestasi, kewujudan kompetensi dan kepuasan kerja sebagai pengantara penuh hubungan sistem pengukuran prestasi dan prestasi kerja. Selain itu, kajian ini mengetengahkan konsep sistem pengukuran prestasi kontemporari dan validasi terhadap model yang menggabungkan dimensi strategik, kontemporari dan dinamik. Secara praktikal, model prestasi kerja pensyarah yang dibina boleh digunakan oleh pengurusan universiti terutama penelitian terhadap amalan sistem pengukuran prestasi. Limitasi kajian adalah termasuk sampel kajian yang terhad serta tumpuan kepada keperluan dan kegunaan item di universiti sahaja. 2015 thesis https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=2700 https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=2700 text zsm N/A openAccess Doctoral Universiti Pendidikan Sultan Idris Fakulti Pengurusan dan Ekonomi N/A
spellingShingle HD Industries. Land use. Labor
Sharul Effendy Janudin
Sistem pengukuran prestasi, kompetensi, kepuasan kerja dan prestasi pensyarah universiti penyelidikan awam di Malaysia
thesis_level PhD
title Sistem pengukuran prestasi, kompetensi, kepuasan kerja dan prestasi pensyarah universiti penyelidikan awam di Malaysia
title_full Sistem pengukuran prestasi, kompetensi, kepuasan kerja dan prestasi pensyarah universiti penyelidikan awam di Malaysia
title_fullStr Sistem pengukuran prestasi, kompetensi, kepuasan kerja dan prestasi pensyarah universiti penyelidikan awam di Malaysia
title_full_unstemmed Sistem pengukuran prestasi, kompetensi, kepuasan kerja dan prestasi pensyarah universiti penyelidikan awam di Malaysia
title_short Sistem pengukuran prestasi, kompetensi, kepuasan kerja dan prestasi pensyarah universiti penyelidikan awam di Malaysia
title_sort sistem pengukuran prestasi kompetensi kepuasan kerja dan prestasi pensyarah universiti penyelidikan awam di malaysia
topic HD Industries. Land use. Labor
url https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=2700
work_keys_str_mv AT sharuleffendyjanudin sistempengukuranprestasikompetensikepuasankerjadanprestasipensyarahuniversitipenyelidikanawamdimalaysia