Perlakuan metakognitif murid Tahun Lima dalam penyelesaian masalah matematik

التفاصيل البيبلوغرافية
المؤلف الرئيسي: Suzana Anwar
التنسيق: أطروحة
اللغة:الماليزية
منشور في: 2015
الموضوعات:
الوصول للمادة أونلاين:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=2708
Abstract Abstract here
_version_ 1855625676920455168
author Suzana Anwar
author_facet Suzana Anwar
author_sort Suzana Anwar
description
format Thesis
id upsi-2708
institution Universiti Pendidikan Sultan Idris
language Malay
publishDate 2015
record_format sWADAH
record_pdf Restricted
spelling upsi-27082020-02-27 Perlakuan metakognitif murid Tahun Lima dalam penyelesaian masalah matematik 2015 Suzana Anwar BF Psychology Kajian kes ini bertujuan untuk menyiasat perlakuan metakognitif murid Tahun Lima dalam proses penyelesaian masalah matematik. Dua objektif utama kajian ini ialah untuk melihat cara perlakuan metakognitif murid Tahun Lima mengikut tahap pencapaian dalam proses penyelesaian masalah matematik dan mengenal pasti kesukaran yang dihadapi oleh mereka. Seramai 12 orang murid Tahun Lima telah dipilih sebagai peserta kajian melalui teknik persampelan bertujuan. Kesemua peserta kajian ini menghasilkan 6 pasangan peserta kajian iaitu 2 pasang peserta kajian bagi kategori murid berpencapaian cemerlang, 2 pasang peserta kajian bagi kategori murid berpencapaian sederhana dan 2 pasang peserta kajian bagi kategori murid berpencapaian lemah dalam matematik. Data-data telah dikumpulkan melalui rakaman video proses penyelesaian masalah matematik bukan rutin secara pemikiran bersuara, jawapan bertulis penyelesaian masalah dan rakaman video temu bual. Data-data pemikiran bersuara dianalisa berpandukan Kerangka Kerja Metakognitif bagi Analisis Protokol Penyelesaian Masalah dalam Matematik oleh Sarver (2006) untuk melihat cara perlakuan metakognitif manakala protokol temu bual dianalisis bersama-sama dengan jawapan bertulis peserta kajian dan transkrip protokol pemikiran bersuara untuk mengenal pasti kesukaran berdasarkan tema-terna yang terhasil. Kajian ini mendapati bahawa semua peserta kajian berpencapaian cemerlang telah melalui keempat-empat fasa orientasi, organisasi, pelaksanaan dan pengesahan dalam menyelesaikan masalah matematik bukan rutin. Bagi peserta kajian berpencapaian sederhana dan lemah pula, mereka hanya melalui tiga fasa penyelesaian masalah iaitu orientasi, organisasi dan pelaksanaan sahaja. Fasa pengesahan tidak dilalui oleh mereka. Perlakuan metakognitif yang dipamerkan oleh murid berpencapaian cemerlang, sederhana dan lemah juga adalah berbeza-beza, Murid berpencapaian cemerlang didapati menunjukkan ketujuh-tujuh perlakuan metakognitif iaitu membaca, memahami, menganalisis, merancang, meneroka, melaksana dan mengesah penyelesaian dengan berkesan sepanjang proses penyelesaian masalah dan hasilnya mereka dapat menyelesaikan masalah yang dikemukakan dengan teratur dan seterusnya membawa kepada kejayaan dalam penyelesaian masalah. Kajian ini juga mendapati bahawa orientasi adalah fasa yang penting dalam penyelesaian masalah kerana perlakuan metakognitif dalam fasa ini dapat memandu murid ke arah merancang tindakan yang tepat. Dapatan kajian ini juga membuktikan pengesahan adalah fasa penting dalam penyelesaian masalah di mana kesedaran mengesah penyelesaian turut menyumbang kepada kejayaan murid berpencapaian cemerlang dalam menyelesaikan masalah. Kegagalan mengesah penyelesaian juga merupakan penyebab yang membawa kepada kegagalan murid berpencapaian sederhana dan lemah dalam menyelesaikan masalah matematik. Kajian ini juga mendapati murid murid Tahun Lima menghadapi beberapa kesukaran dalam penyelesaian masalah matematik. Antara kesukaran yang dihadapi oleh mereka ialah kesukaran memahami masalah, kesukaran membuat perkaitan maklumat dalam soalan dengan jadual yang diberi, kesukaran menganalisa jadual dan kesukaran memproses maklumat untuk merancang aktiviti penyelesaian. 2015 thesis https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=2708 https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=2708 text zsm N/A openAccess Masters Universiti Pendidikan Sultan Idris Fakulti Pembangunan Manusia N/A
spellingShingle BF Psychology
Suzana Anwar
Perlakuan metakognitif murid Tahun Lima dalam penyelesaian masalah matematik
thesis_level Master
title Perlakuan metakognitif murid Tahun Lima dalam penyelesaian masalah matematik
title_full Perlakuan metakognitif murid Tahun Lima dalam penyelesaian masalah matematik
title_fullStr Perlakuan metakognitif murid Tahun Lima dalam penyelesaian masalah matematik
title_full_unstemmed Perlakuan metakognitif murid Tahun Lima dalam penyelesaian masalah matematik
title_short Perlakuan metakognitif murid Tahun Lima dalam penyelesaian masalah matematik
title_sort perlakuan metakognitif murid tahun lima dalam penyelesaian masalah matematik
topic BF Psychology
url https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=2708
work_keys_str_mv AT suzanaanwar perlakuanmetakognitifmuridtahunlimadalampenyelesaianmasalahmatematik