Analisis sikap terhadap pembelajaran fizik dan hubungannya dengan pencapaian dalam kalangan pelajar pra universiti di sebuah kolej matrikulasi

Bibliographic Details
Main Author: Mohd Noor Badlilshah Abdul Kadir
Format: Thesis
Language:Malay
Published: 2016
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=2826
Abstract Abstract here
_version_ 1855625682739003392
author Mohd Noor Badlilshah Abdul Kadir
author_facet Mohd Noor Badlilshah Abdul Kadir
author_sort Mohd Noor Badlilshah Abdul Kadir
description
format Thesis
id upsi-2826
institution Universiti Pendidikan Sultan Idris
language Malay
publishDate 2016
record_format sWADAH
record_pdf Restricted
spelling upsi-28262020-02-27 Analisis sikap terhadap pembelajaran fizik dan hubungannya dengan pencapaian dalam kalangan pelajar pra universiti di sebuah kolej matrikulasi 2016 Mohd Noor Badlilshah Abdul Kadir QC Physics Kajian ini bertujuan menganalisis sikap pelajar terhadap pembelajaran Fizik dan hubungannya dengan pencapaian. Kajian juga menentukan perbezaan sikap terhadap pembelajaran dan pencapaian Fizik mengikut jantina. Tiga dimensi sikap yang dikaji ialah minat dalam metakognisi, pembelajaran Fizik dan aplikasi Fizik. Rekabentuk penyelidikan kuantitatif dengan kaedah tinjauan dipilih bagi menjawab soalan kajian dan menguji hipotesis. Responden adalah seluruh pelajar aliran sains Kolej Matrikulasi Selangor seramai lima ratus sepuluh orang yang mengambil Fizik. Daripada jumlah tersebut sebanyak tiga ratus soal selidik berjaya dikutip semula. Soal selidik Sikap Terhadap Pembelajaran Fizik (STPF) yang mengandungi enam belas item telah digunakan sebagai alat ukur sikap terhadap pembelajaran Fizik. Statistik deskriptif digunakan bagi melihat min, kekerapan dan peratusan manakala statistik inferensi menggunakan ujian korelasi separa Pearson-r, ujian regresi, dan ujian-t sampel bebas digunakan bagi menguji hipotesis. Kajian mendapati sikap responden berada dalam profil peralihan, iaitu antara pakar dan novis. Secara khususnya, responden didapati mempunyai sikap yang mirip novis dalam dimensi aplikasi Fizik. Data kajian juga menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan dan positif antara sikap terhadap pembelajaran Fizik dengan pencapaian Fizik. Sikap terhadap pembelajaran Fizik juga menyumbang secara signifikan terhadap pencapaian Fizik. Selain itu, terdapat perbezaan yang signifikan tentang sikap terhadap pembelajaran Fizik antara pelajar lelaki dengan perempuan. Sebagai kesimpulan, walaupun responden mempunyai sikap yang mirip pakar, namun pada masa yang sama mereka juga masih mempunyai sikap yang mirip novis bagi sesetengah aspek sikap terhadap pembelajaran Fizik yang lain. Sikap terhadap pembelajaran Fizik yang mirip pakar dijangka dapat meningkatkan pencapaian Fizik kerana terdapat hubungan yang positif antara sikap dengan pencapaian Fizik. Implikasinya ialah pengajaran Fizik seharusnya menekankan pembinaan sikap terhadap pembelajaran Fizik yang mirip pakar. 2016 thesis https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=2826 https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=2826 text zsm N/A openAccess Masters Universiti Pendidikan Sultan Idris Fakulti Sains dan Matematik N/A
spellingShingle QC Physics
Mohd Noor Badlilshah Abdul Kadir
Analisis sikap terhadap pembelajaran fizik dan hubungannya dengan pencapaian dalam kalangan pelajar pra universiti di sebuah kolej matrikulasi
thesis_level Master
title Analisis sikap terhadap pembelajaran fizik dan hubungannya dengan pencapaian dalam kalangan pelajar pra universiti di sebuah kolej matrikulasi
title_full Analisis sikap terhadap pembelajaran fizik dan hubungannya dengan pencapaian dalam kalangan pelajar pra universiti di sebuah kolej matrikulasi
title_fullStr Analisis sikap terhadap pembelajaran fizik dan hubungannya dengan pencapaian dalam kalangan pelajar pra universiti di sebuah kolej matrikulasi
title_full_unstemmed Analisis sikap terhadap pembelajaran fizik dan hubungannya dengan pencapaian dalam kalangan pelajar pra universiti di sebuah kolej matrikulasi
title_short Analisis sikap terhadap pembelajaran fizik dan hubungannya dengan pencapaian dalam kalangan pelajar pra universiti di sebuah kolej matrikulasi
title_sort analisis sikap terhadap pembelajaran fizik dan hubungannya dengan pencapaian dalam kalangan pelajar pra universiti di sebuah kolej matrikulasi
topic QC Physics
url https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=2826
work_keys_str_mv AT mohdnoorbadlilshahabdulkadir analisissikapterhadappembelajaranfizikdanhubungannyadenganpencapaiandalamkalanganpelajarprauniversitidisebuahkolejmatrikulasi