Pembinaan model struktural pembelajaran Biologi berasaskan teori kepercayaan-kendiri

Bibliographic Details
Main Author: Siti Norafizan Jalaluddin
Format: Thesis
Language:Malay
Published: 2016
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=2857
Abstract Abstract here
_version_ 1855625688690720768
author Siti Norafizan Jalaluddin
author_facet Siti Norafizan Jalaluddin
author_sort Siti Norafizan Jalaluddin
description
format Thesis
id upsi-2857
institution Universiti Pendidikan Sultan Idris
language Malay
publishDate 2016
record_format sWADAH
record_pdf Restricted
spelling upsi-28572020-02-27 Pembinaan model struktural pembelajaran Biologi berasaskan teori kepercayaan-kendiri 2016 Siti Norafizan Jalaluddin QH301 Biology Kajian ini bertujuan membina model struktural pembelajaran biologi berasaskan teori kepercayaan-kendiri. Kajian ini turut mengenalpasti hubungan serta menguji kewujudan faktor perantara antara pemboleh ubah yang menjadi fokus kajian. Kajian kuantitatif ini menggunakan kaedah tinjauan yang melibatkan seramai 442 responden, dipilih secara rawak mudah dalam kalangan pelajar biologi tingkatan empat di negeri Selangor. Data dipungut menggunakan soal selidik pelaporan-kendiri bagi mengukur konsep-kendiri akademik, hubungan guru-pelajar, keterlibatan dan tanggapan prestasi. Manakala pencapaian pelajar diukur berdasarkan markah peperiksaan pertengahan tahun biologi. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap konsep-kendiri akademik, hubungan guru-pelajar, keterlibatan dan pencapaian biologi pelajar berada pada aras sederhana. Semua konstruk yang terlibat, kecuali tanggapan prestasi, didapati mempunyai hubungan yang signifikan antara satu sama lain. Model yang dibina dapat disuaikan secara signifikan dengan model teoritikal. Analisis model struktural menunjukkan bahawa terdapat hubungan positif yang signifikan antara konstruk konsep-kendiri akademik, hubungan guru-pelajar dan keterlibatan dengan pencapaian mata pelajaran biologi. Keterlibatan juga telah disahkan sebagai faktor perantara bagi konsep-kendiri akademik dengan pencapaian mata pelajaran biologi dan hubungan guru-pelajar dengan pencapaian mata pelajaran biologi. Kesimpulannya, kajian ini menyediakan bukti empirikal berdasarkan model struktural yang menyokong perkaitan antara konstruk konsep-kendiri akademik, hubungan guru-pelajar dan keterlibatan dengan pencapaian mata pelajaran biologi. Implikasinya, model yang dibina dapat digunakan bagi mengganggar pencapaian mata pelajaran biologi berdasarkan teori kepercayaan-kendiri yang melibatkan konstruk konsep-kendiri akademik, hubungan guru-pelajar, keterlibatan dan pencapaian mata pelajaran biologi. 2016 thesis https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=2857 https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=2857 text zsm N/A openAccess Masters Universiti Pendidikan Sultan Idris Fakulti Sains dan Matematik N/A
spellingShingle QH301 Biology
Siti Norafizan Jalaluddin
Pembinaan model struktural pembelajaran Biologi berasaskan teori kepercayaan-kendiri
thesis_level Master
title Pembinaan model struktural pembelajaran Biologi berasaskan teori kepercayaan-kendiri
title_full Pembinaan model struktural pembelajaran Biologi berasaskan teori kepercayaan-kendiri
title_fullStr Pembinaan model struktural pembelajaran Biologi berasaskan teori kepercayaan-kendiri
title_full_unstemmed Pembinaan model struktural pembelajaran Biologi berasaskan teori kepercayaan-kendiri
title_short Pembinaan model struktural pembelajaran Biologi berasaskan teori kepercayaan-kendiri
title_sort pembinaan model struktural pembelajaran biologi berasaskan teori kepercayaan kendiri
topic QH301 Biology
url https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=2857
work_keys_str_mv AT sitinorafizanjalaluddin pembinaanmodelstrukturalpembelajaranbiologiberasaskanteorikepercayaankendiri