Persekitaran pembelajaran, kesedaran metakognisi, kemahiran penyelesaian masalah dan pencapaian Matematik pelajar sekolah menengah

Détails bibliographiques
Auteur principal: Nurulhuda Md Hassan
Format: Thèse
Langue:malais
Publié: 2016
Sujets:
Accès en ligne:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=3050
Abstract Abstract here
_version_ 1855625701063917568
author Nurulhuda Md Hassan
author_facet Nurulhuda Md Hassan
author_sort Nurulhuda Md Hassan
description
format Thesis
id upsi-3050
institution Universiti Pendidikan Sultan Idris
language Malay
publishDate 2016
record_format sWADAH
record_pdf Restricted
spelling upsi-30502020-02-27 Persekitaran pembelajaran, kesedaran metakognisi, kemahiran penyelesaian masalah dan pencapaian Matematik pelajar sekolah menengah 2016 Nurulhuda Md Hassan QA Mathematics <p>Kajian-kajian berkaitan pencapaian matematik menunjukkan bahawa status pencapaian pelajar Malaysia berada pada tahap yang membimbangkan, lebih-lebih lagi dalam kalangan pelajar sekolah menengah. Persekitaran pembelajaran, kesedaran metakognisi, dan kemahiran penyelesaian masalah telah dikenalpasti sebagai antara faktor yang mempengaruhi pencapaian matematik pelajar. Justeru, kajian ini telah dijalankan untuk mengenalpasti saling hubungan antara persekitaran pembelajaran, kesedaran metakognisi, kemahiran penyelesaian masalah, dan pencapaian matematik pelajar sekolah menengah. Di samping itu, kajian ini juga dijalankan bagi mengenalpasti hubungan antara komponen-komponen persekitaran pembelajaran terhadap kesedaran metakognisi, kemahiran penyelesaian masalah, dan pencapaian matematik pelajar sekolah menengah. Selain itu, kajian ini turut dijalankan untuk mengenalpasti kewujudan faktor pengantara (mediator) dalam hubungan-hubungan yang melibatkan persekitaran pembelajaran, kesedaran metakognisi, kemahiran penyelesaian masalah, dan pencapaian matematik pelajar sekolah menengah. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan yang melibatkan seramai 333 orang pelajar Tingkatan empat daripada sepuluh buah sekolah menengah yang terletak di salah sebuah negeri di Malaysia yang telah dipilih menggunakan teknik persampelan rawak berstrata berkadaran. Data telah dikumpulkan menggunakan soal selidik laporan kendiri dan te1ah dianalisis menggunakan teknik Model Persamaan Berstruktur (SEM) melalui perisian Analysis of Moment Structures (AMOS). Dapatan kajian menunjukkan bahawa persekitaran pembelajaran, kesedaran metakognisi, kemahiran penyelesaian, dan pencapaian matematik pelajar sekolah menengah mempunyai saling hubungan yang signifikan antara satu sama lain. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa komponen persekitaran pembelajaran berpusatkan penilaian didapati mempunyai hubungan yang signifikan terhadap kesedaran metakognisi, kemahiran penyelesaian masalah, dan pencapaian matematik pelajar sekolah menengah. Dapatan kajian turut menunjukkan bahawa kesedaran metakognisi merupakan faktor pengantara (mediator) dalam hubungan antara persekitaran pembelajaran dengan pencapaian matematik dan hubungan antara persekitaran pembelajaran dengan kemahiran penyelesaian masalah, manakala kemahiran penyelesaian masalah pula didapati menjadi faktor pengantara (mediator) dalam hubungan antara persekitaran pembelajaran dengan pencapaian matematik. Secara kesimpulan, dapatan kajian ini menyokong kepentingan persekitaran pembelajaran, kesedaran metakognisi, dan kemahiran penyelesaian masalah dalam meningkatkan pencapaian matematik pelajar sekolah menengah.</p> 2016 thesis https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=3050 https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=3050 text zsm N/A openAccess Doctoral Universiti Pendidikan Sultan Idris Fakulti Pembangunan Manusia N/A
spellingShingle QA Mathematics
Nurulhuda Md Hassan
Persekitaran pembelajaran, kesedaran metakognisi, kemahiran penyelesaian masalah dan pencapaian Matematik pelajar sekolah menengah
thesis_level PhD
title Persekitaran pembelajaran, kesedaran metakognisi, kemahiran penyelesaian masalah dan pencapaian Matematik pelajar sekolah menengah
title_full Persekitaran pembelajaran, kesedaran metakognisi, kemahiran penyelesaian masalah dan pencapaian Matematik pelajar sekolah menengah
title_fullStr Persekitaran pembelajaran, kesedaran metakognisi, kemahiran penyelesaian masalah dan pencapaian Matematik pelajar sekolah menengah
title_full_unstemmed Persekitaran pembelajaran, kesedaran metakognisi, kemahiran penyelesaian masalah dan pencapaian Matematik pelajar sekolah menengah
title_short Persekitaran pembelajaran, kesedaran metakognisi, kemahiran penyelesaian masalah dan pencapaian Matematik pelajar sekolah menengah
title_sort persekitaran pembelajaran kesedaran metakognisi kemahiran penyelesaian masalah dan pencapaian matematik pelajar sekolah menengah
topic QA Mathematics
url https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=3050
work_keys_str_mv AT nurulhudamdhassan persekitaranpembelajarankesedaranmetakognisikemahiranpenyelesaianmasalahdanpencapaianmatematikpelajarsekolahmenengah