Kesan pembelajaran koperatif terhadap pencapaian pelajar dalam tajuk menterjemah litar skematik, mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu

Bibliographic Details
Main Author: Mustafa Kamal Saleh
Format: Thesis
Language:Malay
Published: 2016
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=308
Abstract Abstract here
_version_ 1855625541378375680
author Mustafa Kamal Saleh
author_facet Mustafa Kamal Saleh
author_sort Mustafa Kamal Saleh
description
format Thesis
id upsi-308
institution Universiti Pendidikan Sultan Idris
language Malay
publishDate 2016
record_format sWADAH
record_pdf Restricted
spelling upsi-3082020-02-27 Kesan pembelajaran koperatif terhadap pencapaian pelajar dalam tajuk menterjemah litar skematik, mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu 2016 Mustafa Kamal Saleh LB Theory and practice of education Tujuan kajian ini ialah untuk menentukan kesan kaedah pembelajaran koperatif model STAD terhadap pencapaian pelajar dalam tajuk menterjemah litar skematik dalam mata pelajaran KHB. Kajian ini juga dijalankan untuk mengenal pasti motivasi pelajar terhadap pembelajaran koperatif. Reka bentuk kuasi-eksperimental digunakan untuk membandingkan pencapaian antara kumpulan eksperimen yang menggunakan kaedah pembelajaran koperatif dengan kumpulan kawalan yang menggunakan kaedah pembelajaran tradisional. Kajian ini berlangsung selama lapan minggu terhadap pelajar tingkatan dua di dua buah sekolah iaitu sebuah di Negeri Sembilan dan sebuah lagi di negeri Melaka yang melibatkan seramai 128 orang pelajar sebagai responden. Data diperoleh melalui instrumen ujian pra-pasca, soal selidik dan protokol temu bual. Data kuantitatif dianalisis secara deskriptif dan inferensi. Statistik deskriptif dibuat menggunakan kekerapan, peratus, min dan sisihan piawai. Statistik inferensi seperti ujian-t, ANOVA dan korelasi digunakan untuk menjawab persoalan kajian. Dapatan utama kajian mendapati pembelajaran koperatif menunjukkan kesan yang signifikan berdasarkan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran KHB. Keputusan ujian-t menunjukkan terdapat perbezaan min yang signifikan antara pencapaian kumpulan eksperimen dengan pencapaian kumpulan kawalan dalam ujian pasca (p=0.00). Min motivasi pelajar lelaki (min=4.56) lebih tinggi berbanding dengan pelajar perempuan (4.41), manakala min motivasi pelajar yang tinggal di bandar (4.54) lebih tinggi berbanding yang tinggal di luar bandar (min=4.36). Berdasarkan ujian ANOVA didapati min pelajar opsyen ERT (4.54) lebih tinggi berbanding pelajar opsyen KT (min=4.52) dan pelajar opsyen PK (min=4.27). Sementara itu, keputusan ujian korelasi menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara motivasi pelajar dengan pencapaian pelajar kumpulan eksperimen dengan kekuatan hubungan yang sangat kuat (r=0.83). Data kualitatif pula menunjukkan beberapa masalah dihadapi oleh guru dan pelajar dalam melaksanakan pembelajaran koperatif iaitu kurang kerjasama dalam kumpulan, masalah penyampaian guru, kekangan masa dan kekurangan prasarana di bengkel KHB. Secara keseluruhannya, kaedah pembelajaran koperatif adalah berkesan untuk meningkatkan pencapaian akademik pelajar dan sesuai diimplementasikan sebagai salah satu strategi pengajaran dan pembelajaran dalam mata pelajaran KHB di sekolah menengah. 2016 thesis https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=308 https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=308 text zsm N/A openAccess Masters Universiti Pendidikan Sultan Idris Fakulti Teknikal dan Vokasional N/A
spellingShingle LB Theory and practice of education
Mustafa Kamal Saleh
Kesan pembelajaran koperatif terhadap pencapaian pelajar dalam tajuk menterjemah litar skematik, mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu
thesis_level Master
title Kesan pembelajaran koperatif terhadap pencapaian pelajar dalam tajuk menterjemah litar skematik, mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu
title_full Kesan pembelajaran koperatif terhadap pencapaian pelajar dalam tajuk menterjemah litar skematik, mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu
title_fullStr Kesan pembelajaran koperatif terhadap pencapaian pelajar dalam tajuk menterjemah litar skematik, mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu
title_full_unstemmed Kesan pembelajaran koperatif terhadap pencapaian pelajar dalam tajuk menterjemah litar skematik, mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu
title_short Kesan pembelajaran koperatif terhadap pencapaian pelajar dalam tajuk menterjemah litar skematik, mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu
title_sort kesan pembelajaran koperatif terhadap pencapaian pelajar dalam tajuk menterjemah litar skematik mata pelajaran kemahiran hidup bersepadu
topic LB Theory and practice of education
url https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=308
work_keys_str_mv AT mustafakamalsaleh kesanpembelajarankoperatifterhadappencapaianpelajardalamtajukmenterjemahlitarskematikmatapelajarankemahiranhidupbersepadu