Perubahan guna tanah dan kualiti air bekas lombong di Bandaraya Ipoh, Perak

Bibliographic Details
Main Author: Wee, Fhei Shiang
Format: Thesis
Language:Malay
Published: 2018
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=3682
Abstract Abstract here
_version_ 1855625735328235520
author Wee, Fhei Shiang
author_facet Wee, Fhei Shiang
author_sort Wee, Fhei Shiang
description
format Thesis
id upsi-3682
institution Universiti Pendidikan Sultan Idris
language Malay
publishDate 2018
record_format sWADAH
record_pdf Restricted
spelling upsi-36822020-02-27 Perubahan guna tanah dan kualiti air bekas lombong di Bandaraya Ipoh, Perak 2018 Wee, Fhei Shiang TD Environmental technology. Sanitary engineering Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti impak guna tanah terhadap status kualiti air tasik bekas lombong di Ipoh yang melibatkan tiga buah tasik iaitu Tasik Lahat, Tasik Kampung Temiang dan Tasik Kampung Tengku Hussein. Analisis perubahan guna tanah sebahagian Bandaraya Ipoh melibatkan tahun 1974, 1984, 1997, 2000 dan 2004. Kajian ini menggunakan kaedah analisis pemetaan dan pencerapan kualiti air selama 12 bulan bermula September 2015 hingga Ogos 2016. Parameter kualiti air yang diuji merangkumi BOD, COD, DO, NH3N, pH, SS, E. coli dan juga logam berat As, Cu, Pb dan Zn. Parameter ini turut dibandingkan dengan piawaian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan seterusnya dipadankan dengan Interim Standard Kualiti Air Kebangsaan (INWQS) bagi menentukan kesesuaian pembangunan tasik. Aplikasi Sistem Maklumat Geografi (GIS) yang melibatkan teknik tindihan peta, buffer dan topologi digunakan bagi mengenal pasti perubahan guna tanah lombong. Dapatan analisis mendapati wujudnya pengurangan keluasan guna tanah hutan dan badan air dengan nilai 13.21 peratus dan 5.88 peratus berbanding keluasan guna tanah pertanian dan terbina yang mengalami peningkatan sebanyak 7.69 peratus dan 150 peratus. Nilai indeks kualiti air keseluruhannya adalah antara 76-92 peratus (Tasik Lahat), 71-86 peratus (Tasik Kampung Temiang) dan 67-90 peratus (Tasik Kampung Tengku Hussein). Kesemua tasik didapati tercemar dengan parameter BOD. Logam Cu turut berada pada tahap tercemar, namun masih menepati piawai KKM. Logam As dan Pb didapati wujud secara berterusan dan tidak melepasi tahap piawaian KKM manakala logam Zn pula hanya dikesan di Tasik Kampung Tengku Hussein pada November 2015. Secara keseluruhannya cerapan kualiti air menunjukkan status kualiti air yang bersih (Kelas II) dan ini membuktikan bahawa kesemua tasik sesuai dibangunkan aktiviti rekreasi air dan juga penternakan akuakultur. Perancangan pembangunan dan pemantauan kualiti air secara berterusan oleh pihak Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) akan dapat mengekalkan kelestarian tasik pada jangka masa panjang dan juga meningkatkan fungsi penggunaannya. 2018 thesis https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=3682 https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=3682 text zsm N/A openAccess Masters Universiti Pendidikan Sultan Idris Fakulti Pembangunan Manusia N/A
spellingShingle TD Environmental technology. Sanitary engineering
Wee, Fhei Shiang
Perubahan guna tanah dan kualiti air bekas lombong di Bandaraya Ipoh, Perak
thesis_level Master
title Perubahan guna tanah dan kualiti air bekas lombong di Bandaraya Ipoh, Perak
title_full Perubahan guna tanah dan kualiti air bekas lombong di Bandaraya Ipoh, Perak
title_fullStr Perubahan guna tanah dan kualiti air bekas lombong di Bandaraya Ipoh, Perak
title_full_unstemmed Perubahan guna tanah dan kualiti air bekas lombong di Bandaraya Ipoh, Perak
title_short Perubahan guna tanah dan kualiti air bekas lombong di Bandaraya Ipoh, Perak
title_sort perubahan guna tanah dan kualiti air bekas lombong di bandaraya ipoh perak
topic TD Environmental technology. Sanitary engineering
url https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=3682
work_keys_str_mv AT weefheishiang perubahangunatanahdankualitiairbekaslombongdibandarayaipohperak