Minat pelajar sekolah menengah teknik terhadap bidang kerjaya teknikal/ vokasional di negeri Perak

Bibliographic Details
Main Author: Fajar Drian Sindu Bawono
Format: Thesis
Language:Malay
Published: 2017
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=3686
Abstract Abstract here
_version_ 1855625736072724480
author Fajar Drian Sindu Bawono
author_facet Fajar Drian Sindu Bawono
author_sort Fajar Drian Sindu Bawono
description
format Thesis
id upsi-3686
institution Universiti Pendidikan Sultan Idris
language Malay
publishDate 2017
record_format sWADAH
record_pdf Restricted
spelling upsi-36862020-02-27 Minat pelajar sekolah menengah teknik terhadap bidang kerjaya teknikal/ vokasional di negeri Perak 2017 Fajar Drian Sindu Bawono BF Psychology Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi minat pelajar Sekolah Menengah Teknik (SMT) di negeri Perak terhadap pemilihan bidang kerjaya mereka di masa hadapan. Penyelidik juga ingin mengkaji hubungan antara faktor-faktor minat terhadap bidang dengan minat terhadap kerjaya teknikal/vokasional dalam kalangan pelajar-pelajar Sekolah Menengah Teknik. Berdasarkan teori kerjaya Holland dan juga beberapa teori penyokong, lima domain yang mempengaruhi minat bidang iaitu faktor luaran, faktor dalaman, emosi, motif sosial dan psikomotor telah dikenalpasti. Dua domain minat kerjaya iaitu keputusan memilih kerjaya dan kepuasan memilih kerjaya juga dikenal pasti. Seramai 374 orang pelajar telah dipilih secara rawak daripada empat buah Sekolah Teknik di negeri Perak sebagai responden penyelidikan ini. Reka bentuk kajian adalah kajian kes. Kajian ini menggunakan satu set soal selidik yang mengandungi empat bahagian untuk mengumpul data kuantitatif. Protokol temu bual juga telah dibina untuk mengumpul data kualitatif. Soal selidik tersebut mengandungi 228 item SDS Holland, 42 item minat bidang dan minat kerjaya, dan 12 item terbuka. Kajian ini menggunakan statistik deskriptif dan statistik inferensi. Nilai kebolehpercayaan instrumen soal selidik adalah tinggi iaitu = 0.85. Ujian t, ANOVA, dan ujian korelasi digunakan untuk menguji 13 hipotesis nol pada aras signifikan 0.05. Hasil kajian berdasarkan data soal selidik menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan mengenai minat kerjaya teknikal/vokasional berdasarkan jantina, lokasi sekolah, bidang, pendidikan ibu, dan personaliti pelajar. Hasil analisis korelasi Pearson pula menunjukkan terdapat hubungan kuat dan signifikan antara faktor dalaman dengan emosi, hubungan antara motif sosial dan emosi, serta faktor dalaman dan motif sosial. Data dari item terbuka menunjukkan majoriti responden (98.40%) meminati bidang kerjaya teknikal/vokasional. Hasil temu bual pula mendapati faktor yang mendorong pelajar memilih bidang dan kerjaya teknikal/vokasional iaitu dorongan sendiri, ibubapa dan ahli keluarga. Implikasi daripada kajian ini adalah faktor dalaman dan motif sosial merupakan domain penting kepada pelajar dalam pemilihan kerjaya teknikal/vokasional. 2017 thesis https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=3686 https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=3686 text zsm N/A openAccess Masters Universiti Pendidikan Sultan Idris Fakulti Teknikal dan Vokasional N/A
spellingShingle BF Psychology
Fajar Drian Sindu Bawono
Minat pelajar sekolah menengah teknik terhadap bidang kerjaya teknikal/ vokasional di negeri Perak
thesis_level Master
title Minat pelajar sekolah menengah teknik terhadap bidang kerjaya teknikal/ vokasional di negeri Perak
title_full Minat pelajar sekolah menengah teknik terhadap bidang kerjaya teknikal/ vokasional di negeri Perak
title_fullStr Minat pelajar sekolah menengah teknik terhadap bidang kerjaya teknikal/ vokasional di negeri Perak
title_full_unstemmed Minat pelajar sekolah menengah teknik terhadap bidang kerjaya teknikal/ vokasional di negeri Perak
title_short Minat pelajar sekolah menengah teknik terhadap bidang kerjaya teknikal/ vokasional di negeri Perak
title_sort minat pelajar sekolah menengah teknik terhadap bidang kerjaya teknikal vokasional di negeri perak
topic BF Psychology
url https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=3686
work_keys_str_mv AT fajardriansindubawono minatpelajarsekolahmenengahteknikterhadapbidangkerjayateknikalvokasionaldinegeriperak