Pembinaan dan pengujian modul pengajaran isyarat perkataan berfungsi bagi murid berkeperluan pendidikan khas masalah pembelajaran tanpa komunikasi lisan

Bibliographic Details
Main Author: Ahmad Yazid Yahya
Format: Thesis
Language:Malay
Published: 2018
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=4700
Abstract Abstract here
_version_ 1855625768613183488
author Ahmad Yazid Yahya
author_facet Ahmad Yazid Yahya
author_sort Ahmad Yazid Yahya
description
format Thesis
id upsi-4700
institution Universiti Pendidikan Sultan Idris
language Malay
publishDate 2018
record_format sWADAH
record_pdf Restricted
spelling upsi-47002020-02-27 Pembinaan dan pengujian modul pengajaran isyarat perkataan berfungsi bagi murid berkeperluan pendidikan khas masalah pembelajaran tanpa komunikasi lisan 2018 Ahmad Yazid Yahya LC Special aspects of education Kajian kuantitatif ini bertujuan untuk membina dan menguji modul pengajaran isyarat perkataan berfungsi (IPB) menggunakan isyarat tangan bagi kegunaan murid berkeperluan pendidikan khas masalah pembelajaran (BPKMP) tanpa komunikasi lisan. Seramai 134 orang peserta kajian, iaitu 115 orang guru pendidikan khas, tujuh orang pakar dan 12 orang murid BPKMP tanpa komunikasi lisan dipilih menggunakan multiphase sampling. Instrumen kajian terdiri daripada soal selidik, borang penilaian pakar, modul, ujian pra dan ujian pasca. Data dianalisis secara deskriptif dan inferens. Dapatan kajian menunjukkan 83.8% guru memerlukan modul pengajaran untuk mengajar murid BPKMP tanpa komunikasi lisan dan 81.3% guru mempunyai masalah menjalankan pengajaran dan berkomunikasi bersama murid BPKMP tanpa komunikasi lisan. Dapatan kajian menyenaraikan 70 perkataan berfungsi mengikut tema dan daripada senarai ini, 10 perkataan paling utama dikenalpasti, iaitu [duduk] (M=9.33), [makan] (M=9.30), [rumah] (M=9.23), [bapa] (M=9.23), [ibu] (M=9.20), [nasi] (M=9.20), [minum] (M=9.20), [sekolah] (M=9.17), [lelaki] (M=9.17) dan [perempuan] (M=9.13). Pengkaji mendapati tahap kesahan (M=0.68, SD=6.89), tahap kebolehpercayaan (M=0.94, SD=0.94) dan tahap kebolehgunaan (M=0.81, SD=8.10) modul berada pada aras yang tinggi. Dapatan menunjukkan bagi kumpulan rawatan, skor ujian pra adalah 22.78% (M=0.23) dan skor ujian pasca adalah 58.89% (M=0.59). Manakala bagi kumpulan kawalan pula, skor ujian pra adalah 20.0% (M=0.20) dan skor ujian pasca adalah 22.78% (M=0.23). Kesimpulannya, modul pengajaran IPB dapat membantu guru pendidikan khas untuk berkomunikasi secara lebih berkesan bersama murid BPKMP tanpa komunikasi lisan dan meningkatkan kemahiran komunikasi murid BPKMP tanpa komunikasi lisan. Implikasi kajian menunjukkan bahawa modul pengajaran IPB amat sesuai diperluaskan penggunaannya di sekolah kerana pada kebiasaannya isyarat tangan hanya diajar kepada murid berkeperluan khas ketidak upayaan pendengaran dan tidak digunakan dalam pengajaran murid BPKMP. Modul pengajaran IPB yang dibina boleh digunakan sebagai panduan guru apabila mengajar murid BPKMP tanpa komunikasi lisan berinteraksi bersama ahli masyarakat. 2018 thesis https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=4700 https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=4700 text zsm N/A openAccess Masters Universiti Pendidikan Sultan Idris Fakulti Pembangunan Manusia N/A
spellingShingle LC Special aspects of education
Ahmad Yazid Yahya
Pembinaan dan pengujian modul pengajaran isyarat perkataan berfungsi bagi murid berkeperluan pendidikan khas masalah pembelajaran tanpa komunikasi lisan
thesis_level Master
title Pembinaan dan pengujian modul pengajaran isyarat perkataan berfungsi bagi murid berkeperluan pendidikan khas masalah pembelajaran tanpa komunikasi lisan
title_full Pembinaan dan pengujian modul pengajaran isyarat perkataan berfungsi bagi murid berkeperluan pendidikan khas masalah pembelajaran tanpa komunikasi lisan
title_fullStr Pembinaan dan pengujian modul pengajaran isyarat perkataan berfungsi bagi murid berkeperluan pendidikan khas masalah pembelajaran tanpa komunikasi lisan
title_full_unstemmed Pembinaan dan pengujian modul pengajaran isyarat perkataan berfungsi bagi murid berkeperluan pendidikan khas masalah pembelajaran tanpa komunikasi lisan
title_short Pembinaan dan pengujian modul pengajaran isyarat perkataan berfungsi bagi murid berkeperluan pendidikan khas masalah pembelajaran tanpa komunikasi lisan
title_sort pembinaan dan pengujian modul pengajaran isyarat perkataan berfungsi bagi murid berkeperluan pendidikan khas masalah pembelajaran tanpa komunikasi lisan
topic LC Special aspects of education
url https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=4700
work_keys_str_mv AT ahmadyazidyahya pembinaandanpengujianmodulpengajaranisyaratperkataanberfungsibagimuridberkeperluanpendidikankhasmasalahpembelajarantanpakomunikasilisan