Penerokaan pengetahuan dan kesedaran pendidikan alam sekitar dalam kalangan kanak-kanak pra sekolah menerusi pendekatan projek

Bibliographic Details
Main Author: Norazizah Abdul Rahman
Format: Thesis
Language:Malay
Published: 2019
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=4702
Abstract Abstract here
_version_ 1855625768990670848
author Norazizah Abdul Rahman
author_facet Norazizah Abdul Rahman
author_sort Norazizah Abdul Rahman
description
format Thesis
id upsi-4702
institution Universiti Pendidikan Sultan Idris
language Malay
publishDate 2019
record_format sWADAH
record_pdf Restricted
spelling upsi-47022020-02-27 Penerokaan pengetahuan dan kesedaran pendidikan alam sekitar dalam kalangan kanak-kanak pra sekolah menerusi pendekatan projek 2019 Norazizah Abdul Rahman GE Environmental Sciences Pendidikan Alam Sekitar merupakan wadah utama dalam penyampaian ilmu tentang alam sekitar terutamanya dalam kalangan kanak-kanak. Justeru, tujuan kajian ini adalah untuk meneroka (i) pengetahuan dan kesedaran kanak-kanak terhadap alam sekitar, (ii) penggabungjalinan enam tunjang yang terdapat dalam Kurikulam Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) dan (iii) penglibatan ibu bapa dalam pelaksanaan Pendekatan Projek. Kajian ini dijalankan melalui kajian kualitatif menggunakan reka bentuk pelbagai kes di sebuah tadika di negeri Perak, Malaysia. Kajian kes ini melibatkan empat kes berkaitan projek Baja Kompos, Bandar Solar, Galeri Coklat dan amalan 3R (Reduce, Reuse, Recycle). Peserta kajian ini terdiri daripada 32 orang kanak-kanak, dua orang pendidik dan lima orang ibu bapa. Data kajian diperoleh menerusi hasil triangulasi di antara pelbagai sumber termasuk temu bual separa berstruktur, temubual tidak berstruktur, pemerhatian dan dokumen. Hasil kajian mendapati pengetahuan kanak-kanak mengenai alam sekitar melibatkan komponen ekologi asas dan ekosistem yang terdapat dalam persekitaran semulajadi, isu-isu alam sekitar seperti pengurusan sampah dan jerebu, serta penggunaan teknologi hijau dalam menangani masalah alam sekitar. Dalam aspek kesedaran terhadap alam sekitar pula, kajian ini menunjukkan kanak-kanak menyedari tentang elemen 4R (Reduce, Reuse, Recycle, Redesign) seperti mengumpul barangan dari rumah, mengasingkan bahan kitar semula menggunakan tong kitar semula dan membuat produk daripada barang terbuang. Dapatan menunjukkan bahawa menerusi aktiviti dalam projek, pendidik dapat mengintegrasikan kurikulum secara mencakupi semua tunjang pembelajaran. Malah, penguasaan pengetahuan yang berdasarkan pengalaman dalam kehidupan sebenar telah memberikan pengalaman pembelajaran yang bermakna kepada kanak- kanak. Selain itu, penguasaan kemahiran proses asas dan bersepadu turut dikuasai oleh kanak-kanak. Dengan itu, dalam konteks ini, Open Ended Child Initiated Learning (OECIL) telah menunjukkan proses penggabungjalinan enam tunjang dalam KSPK dan proses pembelajaran. Namun, terdapat beberapa kekangan yang dihadapi oleh pendidik dalam melaksanakan PAS. Antaranya ialah aspek pengetahuan pedagogi isi kandungan pendidik dalam konteks mengajar topik-topik khusus mengenai alam sekitar. Dari segi penglibatan ibu bapa pula, hasil kajian menunjukkan kerjasama antara pihak tadika dan ibu bapa memberi impak positif terhadap kanak-kanak terutama bagi proses kesinambungan pembelajaran di rumah, penyediaan bahan untuk aktiviti dan berkongsi kepakaran kepada pihak tadika. Sebuah Kerangka Penglibatan Secara Responsif pula telah dibina untuk menunjukkan peranan semua pihak dalam memberi autonomi kepada kanak-kanak semasa proses pembelajaran. Selain itu, peranan pendidik yang responsif dilihat turut membantu dalam penerapan unsur alam sekitar kepada kanak-kanak. Kesimpulannya, hasil kajian dapat dijadikan panduan bagi membantu perkembangan kanak-kanak secara berterusan ke arah melahirkan warganegara yang baik dan bertanggungjawab terhadap alam sekitar. 2019 thesis https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=4702 https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=4702 text zsm N/A openAccess Doctoral Universiti Pendidikan Sultan Idris Fakulti Pembangunan Manusia N/A
spellingShingle GE Environmental Sciences
Norazizah Abdul Rahman
Penerokaan pengetahuan dan kesedaran pendidikan alam sekitar dalam kalangan kanak-kanak pra sekolah menerusi pendekatan projek
thesis_level PhD
title Penerokaan pengetahuan dan kesedaran pendidikan alam sekitar dalam kalangan kanak-kanak pra sekolah menerusi pendekatan projek
title_full Penerokaan pengetahuan dan kesedaran pendidikan alam sekitar dalam kalangan kanak-kanak pra sekolah menerusi pendekatan projek
title_fullStr Penerokaan pengetahuan dan kesedaran pendidikan alam sekitar dalam kalangan kanak-kanak pra sekolah menerusi pendekatan projek
title_full_unstemmed Penerokaan pengetahuan dan kesedaran pendidikan alam sekitar dalam kalangan kanak-kanak pra sekolah menerusi pendekatan projek
title_short Penerokaan pengetahuan dan kesedaran pendidikan alam sekitar dalam kalangan kanak-kanak pra sekolah menerusi pendekatan projek
title_sort penerokaan pengetahuan dan kesedaran pendidikan alam sekitar dalam kalangan kanak kanak pra sekolah menerusi pendekatan projek
topic GE Environmental Sciences
url https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=4702
work_keys_str_mv AT norazizahabdulrahman penerokaanpengetahuandankesedaranpendidikanalamsekitardalamkalangankanakkanakprasekolahmenerusipendekatanprojek