Kesan modul bimbingan kaunseling kelompok penyesuaian remaja terhadap motivasi, asertif, empati, harga diri dan kecerdasan emosi dalam kalangan pelajar salah laku disiplin

Bibliographic Details
Main Author: Zainol Abidin Ishak
Format: Thesis
Language:Malay
Published: 2016
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=912
Abstract Abstract here
_version_ 1855625590080536576
author Zainol Abidin Ishak
author_facet Zainol Abidin Ishak
author_sort Zainol Abidin Ishak
description
format Thesis
id upsi-912
institution Universiti Pendidikan Sultan Idris
language Malay
publishDate 2016
record_format sWADAH
record_pdf Restricted
spelling upsi-9122020-02-27 Kesan modul bimbingan kaunseling kelompok penyesuaian remaja terhadap motivasi, asertif, empati, harga diri dan kecerdasan emosi dalam kalangan pelajar salah laku disiplin 2016 Zainol Abidin Ishak BF Psychology Kajian ini melibatkan dua peringkat, iaitu kajian tinjauan dan kajian kuasi eksperimen. Tujuan kajian tinjauan adalah untuk mengukur perbezaan aspek psikologi iaitu motivasi, asertif, empati, harga diri dan kecerdasan emosi mengikut gender dan lokasi serta hubungan aspek psikologi berkenaan dengan salah laku disiplin dalam kalangan pelajar salah laku disiplin. Manakala kajian kuasi eksperimen pula bertujuan mengukur kesan Kaunseling Kelompok Penyesuaian Remaja (KKPR) terhadap motivasi, asertif, empati, harga diri dan kecerdasan emosi berdasarkan ukuran pra ujian dan pos ujian antara kelompok rawatan dengan kelompok kawalan. Sampel kajian tinjauan seramai 542 orang yang dipilih secara persampelan rawak berstrata. Sampel kajian kuasi eksperimen pula terdiri daripada 120 pelajar bandar dan luar bandar yang dipilih secara rawak bertujuan. Sampel diagihkan kepada dua kumpulan iaitu 60 kelompok rawatan (15 lelaki, 15 perempuan bandar dan 15 lelaki, 15 perempuan luar bandar) serta 60 kelompok kawalan (15 lelaki, 15 perempuan bandar dan 15 lelaki, 15 perempuan luar bandar). Data dikumpul menggunakan Instrumen Remaja Salah Laku Disiplin (IRSLD). Nilai kesahan dan kebolehpercayaan IRSLD agak tinggi iaitu antara .73 hingga .92. Data kajian tinjauan dianalisis secara deskriptif iaitu perbandingan min dan secara inferensi menggunakan Ujian-t dan Anova Sehala. Manakala data kajian kuasi eksperimen pula dianalisis secara inferensi menggunakan Ujian-t, ANCOVA dan MANCOVA dan Ujian Post Hoc. Dapatan kajian tinjauan menunjukkan aspek psikologi pelajar perempuan lebih tinggi berbanding lelaki. Aspek psikologi pelajar bandar lebih tinggi berbanding luar bandar. Terdapat hubungan signifikan negatif antara motivasi dan kecerdasan emosi dengan salah laku disiplin. Dapatan kajian kuasi eksperimen menunjukkan KKPR dapat meningkatkan aspek psikologi iaitu motivasi, asertif, empati, harga diri dan kecerdasan emosi secara signifikan dan berlaku penurunan aspek salah laku disiplin kelompok rawatan berbanding kelompok kawalan. Hasil kajian juga mendapati terdapat perbezaan kesan rawatan KKPR terhadap aspek psikologi berdasarkan gender iaitu kelompok rawatan perempuan lebih berkesan berbanding kelompok lelaki. Namun tiada perbezaan kesan rawatan KKPR berdasarkan lokasi. Secara keseluruhan menunjukkan modul KKPR berkesan meningkatkan aspek psikologi dalam kalangan pelajar salah laku disiplin. 2016 thesis https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=912 https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=912 text zsm N/A openAccess Doctoral Universiti Pendidikan Sultan Idris Fakulti Pembangunan Manusia N/A
spellingShingle BF Psychology
Zainol Abidin Ishak
Kesan modul bimbingan kaunseling kelompok penyesuaian remaja terhadap motivasi, asertif, empati, harga diri dan kecerdasan emosi dalam kalangan pelajar salah laku disiplin
thesis_level PhD
title Kesan modul bimbingan kaunseling kelompok penyesuaian remaja terhadap motivasi, asertif, empati, harga diri dan kecerdasan emosi dalam kalangan pelajar salah laku disiplin
title_full Kesan modul bimbingan kaunseling kelompok penyesuaian remaja terhadap motivasi, asertif, empati, harga diri dan kecerdasan emosi dalam kalangan pelajar salah laku disiplin
title_fullStr Kesan modul bimbingan kaunseling kelompok penyesuaian remaja terhadap motivasi, asertif, empati, harga diri dan kecerdasan emosi dalam kalangan pelajar salah laku disiplin
title_full_unstemmed Kesan modul bimbingan kaunseling kelompok penyesuaian remaja terhadap motivasi, asertif, empati, harga diri dan kecerdasan emosi dalam kalangan pelajar salah laku disiplin
title_short Kesan modul bimbingan kaunseling kelompok penyesuaian remaja terhadap motivasi, asertif, empati, harga diri dan kecerdasan emosi dalam kalangan pelajar salah laku disiplin
title_sort kesan modul bimbingan kaunseling kelompok penyesuaian remaja terhadap motivasi asertif empati harga diri dan kecerdasan emosi dalam kalangan pelajar salah laku disiplin
topic BF Psychology
url https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=912
work_keys_str_mv AT zainolabidinishak kesanmodulbimbingankaunselingkelompokpenyesuaianremajaterhadapmotivasiasertifempatihargadiridankecerdasanemosidalamkalanganpelajarsalahlakudisiplin