Kesan Penggunaan Sumber Sejarah Digital Melalui Portal Terhadap Kemahiran Pemikiran Sejarah

Penyelidikan ini bertujuan mengkaji kesan penggunaan sumber sejarah digital melalui portal terhadap Kemahiran Pemikiran Sejarah. Kajian ini memfokuskan Sejarah Tingkatan 4; Bab 9: Perkembangan di Eropah. Sampel murid terdiri daripada 104 orang murid Tingkatan 4 dari tiga buah sekolah menengah di ne...

Description complète

Détails bibliographiques
Auteur principal: Muniandy @ Ramakrishnan, Renuka
Format: Thèse
Langue:anglais
Publié: 2015
Sujets:
Accès en ligne:http://eprints.usm.my/45839/
Abstract Abstract here
Description
Résumé:Penyelidikan ini bertujuan mengkaji kesan penggunaan sumber sejarah digital melalui portal terhadap Kemahiran Pemikiran Sejarah. Kajian ini memfokuskan Sejarah Tingkatan 4; Bab 9: Perkembangan di Eropah. Sampel murid terdiri daripada 104 orang murid Tingkatan 4 dari tiga buah sekolah menengah di negeri Kedah. (Kumpulan Eksperimen 1 n = 33; Kumpulan Eksperimen 2 n = 34 dan Kumpulan Kawalan n = 37). Bagi tujuan mengkaji keberkesanan sumber sejarah digital, tiga jenis portal telah dibangunkan iaitu Portal Sejarawan Maya Terbimbing (PSMT), Portal Sejarawan Maya Bebas (PSMB) dan Portal E-Buku Teks (PEBT). PSMT menyediakan ruang kepada murid untuk meneroka sumber sejarah digital dari internet dalam keadaan terbimbing. Manakala PSMB pula memberi kebebasan sepenuhnya untuk murid mengakses dan mencari sendiri sumber sejarah digital dari internet.