Pemahaman Pekerja Seks Komersial (Psk) Tentang Hiv/Aids: Kajian Di Desa Amis, Indramayu, Indonesia

Salah satu penyumbang kepada epidemik HIV/AIDS adalah melalui aktiviti pelacuran oleh Pekerja Seks Komersial (PSK). Hubungan seks yang dilakukan oleh PSK mempunyai risiko yang paling tinggi untuk jangkitan HIV/AIDS. Objektif kajian ini adalah memahami: (1) latar belakang, keadaan dan permasalahan ya...

Description complète

Détails bibliographiques
Auteur principal: Indrakentjana, Bambang
Format: Thèse
Langue:anglais
Publié: 2014
Sujets:
Accès en ligne:http://eprints.usm.my/46388/
Abstract Abstract here
Description
Résumé:Salah satu penyumbang kepada epidemik HIV/AIDS adalah melalui aktiviti pelacuran oleh Pekerja Seks Komersial (PSK). Hubungan seks yang dilakukan oleh PSK mempunyai risiko yang paling tinggi untuk jangkitan HIV/AIDS. Objektif kajian ini adalah memahami: (1) latar belakang, keadaan dan permasalahan yang dihadapi oleh PSK; (2) pemahaman PSK tentang pandemik, transmisi dan rawatan HIV/AIDS; (3) khidmat sosial yang diperlukan oleh PSK dalam menangani HIV/AIDS; dan (4) implikasi psikososial jika pendidikan HIV/AIDS tidak diberikan kepada PSK dan implikasinya ke atas praktis kerja sosial. Kajian kualitatif ini melibatkan informan yang terdiri daripada 30 orang PSK. Teknik pensampelan bertujuan telah digunakan untuk mendapatkan responden. Pengumpulan data juga melibatkan teknik pemerhatian, temu bual mendalam dan perbincangan kumpulan fokus. Dapatan kajian mendapati bahawa faktor penyumbang kepada seseorang menjadi PSK merangkumi kemiskinan, tahap pendidikan yang rendah, kewujudan budaya pelacuran dan faktor permintaan dari pelanggan untuk mendapatkan khidmat seks. Beberapa permasalahan yang dihadapi oleh PSK melibatkan pengalaman diseksa, dipaksa melakukan hubungan seks, diperas ugut oleh “bapa ayam” atau “mucikari”, serta dijangkiti penyakit kelamin termasuk HIV/AIDS. Pemahaman PSK terhadap HIV/AIDS yang meliputi aspek pandemik, jangkitan dan rawatan adalah sangat rendah. Keadaan ini yang membuatkan PSK tidak mengamalkan hubungan seks yang selamat melalui penggunaan kondom ketika melakukan hubungan seksual.