Information Sharing Along Supply Chain In Malaysian Manufacturing Companies

Perkongsian maklumat di antara rakan kongsi rantaian bekalan adalah penubuhan utama untuk mengeratkan koordinasi dan kerjasama dalam meningkatkan pengurusan pelaksanaan rantaian bekalan dan dalam menguruskan aliran maklumat bagi proses rantaian bekalan. Walaubagaimanapun, kebanyakan firma masih eng...

وصف كامل

التفاصيل البيبلوغرافية
المؤلف الرئيسي: Vafaei Zadeh, Ali
التنسيق: أطروحة
اللغة:الإنجليزية
منشور في: 2017
الموضوعات:
الوصول للمادة أونلاين:http://eprints.usm.my/46586/
Abstract Abstract here
الوصف
الملخص:Perkongsian maklumat di antara rakan kongsi rantaian bekalan adalah penubuhan utama untuk mengeratkan koordinasi dan kerjasama dalam meningkatkan pengurusan pelaksanaan rantaian bekalan dan dalam menguruskan aliran maklumat bagi proses rantaian bekalan. Walaubagaimanapun, kebanyakan firma masih enggan untuk berkongsi maklumat dengan rakan kongsi rantaian bekalan. Dengan ini, kajian ini mengkaji kepentingan perkongsian maklumat dalam konteks syarikat pembuatan di Malaysia dan bagaimana perkongsian maklumat dapat meningkatkan prestasi rantaian bekalan. Kajian ini juga menyiasat hubungan antara kualiti maklumat, teknologi maklumat, keselamatan maklumat dan perkongsian maklumat terhadap rantaian bekalan. Di samping itu, ia juga mengkaji bagaimana budaya keselamatan maklumat disederhanakan oleh perhubungan antara keselamatan maklumat dan perkongsian maklumat. Selain itu, kajian ini menyiasat kesan penyerderhanaan teknologi keselamatan maklumat terhadap perhubungan diantara teknologi maklumat dan perkongsian maklumat. Tambahan pula, kajian ini mengkaji bagaimana kebocoran maklumat disederhanakan oleh perhubungan diantara perkongsian maklumat dan prestasi rantaian bekalan. Teori RBV diaplikasikan dalam model kajian bagi menyokong perhubungan diantara kualiti maklumat, teknologi maklumat, dan keselamatan maklumat sebagai sumber untuk bekalan rantaian kepada perkongsian maklumat iaitu keupayaan. Tambahan lagi, RBV menyokong perhubungan diantara perkongsian maklumat sebagai keupayaan kepada prestasi rantaian bekalan sebagai kelebihan daya saing.