Analisis Pemilihan Dan Percampuran Bahasa Dalam Masyarakat Melayu Di Wilayah Sempadan Selatan Thailand

Kajian ini merupakan kajian sosiolinguistik yang menerangkan fenomena pemilihan dan percampuran bahasa dalam kalangan penutur dialek Melayu Patani di wilayah sempadan selatan Thailand. Tiga buah wilayah sempadan selatan Thailand, iaitu Pattani, Yala dan Narathiwat dijadikan tempat kajian ini. Objekt...

詳細記述

書誌詳細
第一著者: Isayah, Kamaruddin
フォーマット: 学位論文
言語:英語
出版事項: 2019
主題:
オンライン・アクセス:http://eprints.usm.my/46607/
Abstract Abstract here
その他の書誌記述
要約:Kajian ini merupakan kajian sosiolinguistik yang menerangkan fenomena pemilihan dan percampuran bahasa dalam kalangan penutur dialek Melayu Patani di wilayah sempadan selatan Thailand. Tiga buah wilayah sempadan selatan Thailand, iaitu Pattani, Yala dan Narathiwat dijadikan tempat kajian ini. Objektif kajian ini adalah untuk menganalisis fenomena pemilihan bahasa dan faktor-faktor yang mempengaruhinya; menganalisis fenomena percampuran bahasa dan faktor-faktor yang mempengaruhinya; dan meneliti pola penggunaan dialek Melayu Patani dalam masyarakat Melayu di wilayah sempadan selatan Thailand tersebut. Data kajian yang dipungut ialah data kuantitatif dan kualitatif. Data kuantitatif pemilihan bahasa dalam domain kekeluargaan, persahabatan, keagamaan, pekerjaan dan pendidikan diperoleh dengan menggunakan instrumen borang soal selidik yang mengandungi 92 soalan. Data soal selidik ini dianalisis dengan menggunakan Statistical Package for the Social Sciences (SPSS). Data kuantitatif ini disokong oleh data kualitatif tentang pemilihan bahasa dan percampuran bahasa yang diperoleh menerusi pemerhatian dan rakaman. Di samping data faktor-faktor yang menentukan pemilihan bahasa dan percampuran bahasa serta etnografi penutur dialek Melayu Patani pula diperoleh menerusi pemerhatian dan wawancara. Data yang diperoleh, dianalisis dengan menggunakan dua kerangka teoretis, iaitu pendekatan sosiologi untuk analisis penggunaan bahasa dalam domain (Fishman, 1972) dan etnografi komunikasi (Hymes, 1974).