| Summary: | Penyelidikan ini secara amnya bertujuan mengenal pasti dan mencari penyelesaian permasalahan dalam program pemerkasaan yang dijalankan di daerah Jember, Jawa Timur. Secara khusus, kajian ini bertujuan: (1) Menganalisis corak budaya serta dinamik sosial berasaskan kearifan tempatan dalam konteks Jember, Indonesia; (2) Menganalisis peranan Kyai pesantren yang telah benar-benar menyokong program pemerkasaan terhadap masyarakat yang berbudaya santri dalam konteks Jember, Indonesia; (3) Menghuraikan program pemerkasaan masyarakat untuk menangani kemiskinan di Jember, Indonesia; (4) Menganalisis dan menghuraikan keberkesanan program pemerkasaan masyarakat untuk menangani kemiskinan di Jember, Indonesia; (5) Menganalisis corak budaya serta dinamik sosial yang menghambat pemerkasaan masyarakat berasaskan kearifan tempatan yang dilaksanakan di Jember; (6) Menganalisis dan mencadangkan program pemerkasaan masyarakat untuk menangani kemiskinan di Jember, Indonesia agar berjaya dengan mengambil kira kearifan tempatan dalam konteks Jember, Indonesia; dan (7) Mencadangkan kerangka model pemerkasaan masyarakat yang menonjolkan peranan Kyai pesantren yang berkesan dengan mengambil kira kearifan tempatan untuk dapat diterapkan di Kabupaten Jember.
|