Peranan Pemerintah Dan Golongan Intelektual Dalam Mempertahankan Kedaulatan Johor, 1862-1957
Isu mengenai perjuangan mempertahankan kedaulatan tanah air khususnya dalam konteks Tanah Melayu sering kali menimbulkan polemik. Persoalan mengenai tarikh permulaan serta siapa yang bertanggungjawab mempertahankan kedaulatan negara juga masih dirantai dengan kontroversi. Terdapat sarjana yang me...
| 第一著者: | |
|---|---|
| フォーマット: | 学位論文 |
| 言語: | 英語 |
| 出版事項: |
2015
|
| 主題: | |
| オンライン・アクセス: | http://eprints.usm.my/56793/ |
| 要約: | Isu mengenai perjuangan mempertahankan kedaulatan tanah air khususnya
dalam konteks Tanah Melayu sering kali menimbulkan polemik. Persoalan mengenai
tarikh permulaan serta siapa yang bertanggungjawab mempertahankan kedaulatan
negara juga masih dirantai dengan kontroversi. Terdapat sarjana yang menghujahkan
bahawa perjuangan mempertahankan kedaulatan Johor tidak wujud pada kurun ke-19
sebaliknya hanya muncul pada tahun 1900-an yang dirintis oleh golongan rakyat.
Malahan tindakan pemerintah Melayu menurunkan tandatangan Perjanjian Malayan
Union pada tahun 1946 telah mengakibatkan penglibatan golongan istana dalam
perjuangan mempertahankan kedaulatan tanah air dinafikan bahkan telah dihujani
dengan pelbagai stigma negatif. Pemerintah Melayu digambarkan oleh sarjana
seperti Mahayudin Haji Yahaya serta nasionalis seperti Jaafar Hussin dan Ibrahim
Yaacob sebagai bersifat dayus dengan menghalalkan imperialisme British tanpa
sebarang inisiatif untuk menghalang atau meminimumkannya. Walau bagaimanapun.
penelitian dari kaca mata tempatan memperlihatkan bahawa pihak istana. dengan
bantuan golongan intelektual, merupakan perintis kepada usaha mempertahankan
kedaulatan Johor yang sebenamya merupakan hasil kolaborasi daripada segenap
lapisan masyarakat. Bahkan perjuangan ini telah lama wujud dalam pelbagai ragam
dan bersifat fleksibel serta berubah mengikut arus peredaran masa. |
|---|