Penterjemahan Berasaskan Khalayak Dan Penyarikataan Peminat: Kajian Dari Perspektif Penterjemah Bukan Profesional Dan Audiens

Kemodenan yang dikecapi oleh masyarakat secara tidak langsung telah memberi anjakan paradigma kepada bidang pengajian penterjemahan. Aktiviti terjemahan masa kini yang melibatkan terjemahan kolaboratif dalam talian telah memberi peluang kepada aktiviti terjemahan berasaskan khalayak dan penyarika...

全面介紹

書目詳細資料
主要作者: Kahar, Ummi Umairah
格式: Thesis
語言:英语
出版: 2022
主題:
在線閱讀:http://eprints.usm.my/60104/
Abstract Abstract here
實物特徵
總結:Kemodenan yang dikecapi oleh masyarakat secara tidak langsung telah memberi anjakan paradigma kepada bidang pengajian penterjemahan. Aktiviti terjemahan masa kini yang melibatkan terjemahan kolaboratif dalam talian telah memberi peluang kepada aktiviti terjemahan berasaskan khalayak dan penyarikataan peminat untuk dilaksanakan. Penterjemahan berasaskan khalayak boleh disertai oleh golongan penterjemah profesional dan penterjemah bukan profesional seperti golongan peminat, penggemar dan masyarakat umum (Sosoni, 2017). Penyarikataan peminat pula merujuk kepada terjemahan audiovisual yang berpegang kepada konsep ‘oleh peminat kepada peminat’ (Spolidorio, 2017). Produk terjemahan kedua-dua aktiviti ini kemudiaannya boleh diakses oleh audiens (pengguna akhir), melalui media sosial atau platform digital secara percuma. Malahan dengan kemudahan teknologi, industri hiburan dari negara Korea Selatan telah melonjak naik (Fuhr, 2015). Oleh hal yang demikian, golongan peminat Korea turut menyumbang khidmat sebagai penterjemah khalayak dan penyari kata peminat yang menghasilkan terjemahan bersumberkan konteks negara Korea dalam pasangan bahasa Koreabahasa Inggeris.