| 要約: | Getah asli SO%-terepoksida (ENR-SO) telah ditindakbalaskan
dengan natrium 1,3,3,S,S-pentakis(trifluoroetoksi)-1-oksosiklotrifosfazenat (mononatrium fosfazenat) dalam 1,4-
dioksana refluks. Polimer-polimer terbitan yang diperolehi
daripada nisbah berat ENR-SO:mononatrium fosfazenat yang
berlainan (1.00:0.50, 1.00:1.00, 1.00:2.00, 1.00:3.00, 1.00:
4.50 dan 1.00:5.50) didapati mempunyai nilai-nilai suhu
peralihan kaca (Tg) yang lebih tinggi daripada nilai Tg ENR-
50. Walau bagaimanapun, kesemua polimer terbitan didapati
larut dalam 1,4-dioksana, tetrahidrofuran dan etanol.
|