Analisis Kepelbagaian Jenis Liputan Berita Dalam Berita Harian Dan Sinar Harian
Berita adalah laporan sesuatu kejadian atau peristiwa, sesuatu fakta ataupun pendapat yang bersifat semasa, menarik dan bermakna kepada para pembaca. Akhbar pula merupakan pengantara utama dalam menyampaikan maklumat kepada masyarakat tentang pelbagai perkembangan yang berlaku setiap hari. Kajian...
| Auteur principal: | |
|---|---|
| Format: | Thèse |
| Langue: | anglais |
| Publié: |
2015
|
| Sujets: | |
| Accès en ligne: | http://eprints.usm.my/62908/ |
| Résumé: | Berita adalah laporan sesuatu kejadian atau peristiwa, sesuatu fakta ataupun
pendapat yang bersifat semasa, menarik dan bermakna kepada para pembaca. Akhbar
pula merupakan pengantara utama dalam menyampaikan maklumat kepada
masyarakat tentang pelbagai perkembangan yang berlaku setiap hari. Kajian ini
dijalankan dengan menggunakan aplikasi Sistem Maklumat GeograCi (GIS) untuk
melihat kepelbagaian jenis liputan berita bagi Berita Harian dan Sinar Harian di
negeri Perlis, Kedah dan Pulau Pinang. Analisis pemetaan digunakan bagi
memudahkan analisis kepelbagaian jenis liputan berita dilakukan. Analisis
kepelbagaian iaitu indeks kepelbagaian Shannon digunakan bagi mengukur
kepelbagaian jenis liputan bagi Berita Harian dan Sinar Harian. Sinar Harian
melaporkan 232 buah berita melibatkan 24 kategori manakala 41 buah berita
dilaporkan oleh Berita Harian (14 kategori). Liputan berita paling tinggi adalah di
Alor Setar yang mana melibatkan 43 buah berita untuk Sinar Plarian dan indeks
kepelbagaian Shannon sebanyak 1.106 dengan kesamarataan Shannon adalah 0.782.
Kategori berita hubungan sosial dan kemasyarakatan mendapat liputan yang tinggi
bagi Berita Harian dan Sinar Harian iaitu 6 buah berita bagi Berita Harian dan 41
buah berita bagi Sinar Harian. Oleh itu, Sinar Harian mempunyai kepelbagaian yang
lebih tinggi berbanding Berita harian. |
|---|