Analisis Kepelbagaian Jenis Liputan Berita Dalam Berita Harian Dan Sinar Harian

Berita adalah laporan sesuatu kejadian atau peristiwa, sesuatu fakta ataupun pendapat yang bersifat semasa, menarik dan bermakna kepada para pembaca. Akhbar pula merupakan pengantara utama dalam menyampaikan maklumat kepada masyarakat tentang pelbagai perkembangan yang berlaku setiap hari. Kajian...

全面介紹

書目詳細資料
主要作者: Dzaman, Aisya Syahirah Kamaraal
格式: Thesis
語言:英语
出版: 2015
主題:
在線閱讀:http://eprints.usm.my/62908/
實物特徵
總結:Berita adalah laporan sesuatu kejadian atau peristiwa, sesuatu fakta ataupun pendapat yang bersifat semasa, menarik dan bermakna kepada para pembaca. Akhbar pula merupakan pengantara utama dalam menyampaikan maklumat kepada masyarakat tentang pelbagai perkembangan yang berlaku setiap hari. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan aplikasi Sistem Maklumat GeograCi (GIS) untuk melihat kepelbagaian jenis liputan berita bagi Berita Harian dan Sinar Harian di negeri Perlis, Kedah dan Pulau Pinang. Analisis pemetaan digunakan bagi memudahkan analisis kepelbagaian jenis liputan berita dilakukan. Analisis kepelbagaian iaitu indeks kepelbagaian Shannon digunakan bagi mengukur kepelbagaian jenis liputan bagi Berita Harian dan Sinar Harian. Sinar Harian melaporkan 232 buah berita melibatkan 24 kategori manakala 41 buah berita dilaporkan oleh Berita Harian (14 kategori). Liputan berita paling tinggi adalah di Alor Setar yang mana melibatkan 43 buah berita untuk Sinar Plarian dan indeks kepelbagaian Shannon sebanyak 1.106 dengan kesamarataan Shannon adalah 0.782. Kategori berita hubungan sosial dan kemasyarakatan mendapat liputan yang tinggi bagi Berita Harian dan Sinar Harian iaitu 6 buah berita bagi Berita Harian dan 41 buah berita bagi Sinar Harian. Oleh itu, Sinar Harian mempunyai kepelbagaian yang lebih tinggi berbanding Berita harian.