Persepsi pelancong-pelancong asing terhadap produk-produk pelancongan di Pulau Pinang

Produk-produk pelancongan memainkan peranan yang penting dalam menentukan pembangunan industri pelancongan. Produk-produk pelancongan yang ditawarkan bukan sahaja perlu pelbagai tetapi juga perlu dapat menarik atau memuaskan permintaan pelancong-pelancong yang datang melawat. Dengan itu, penyelidika...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Chee, Chin Seng
Format: Thesis
Language:English
Published: 1998
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/63218/
Abstract Abstract here
Description
Summary:Produk-produk pelancongan memainkan peranan yang penting dalam menentukan pembangunan industri pelancongan. Produk-produk pelancongan yang ditawarkan bukan sahaja perlu pelbagai tetapi juga perlu dapat menarik atau memuaskan permintaan pelancong-pelancong yang datang melawat. Dengan itu, penyelidikan ini cuba membuktikan bahawa produk-produk pelancongan yang dapat memuaskan permintaan pelancong-pelancong akan meningkatkan kemungkinan lawatan ulangan pelancong-pelancong tersebut. Tujuan-tujuan utama pelancong-pelancong asing melancong di Pulau Pinang adalah untuk melawat tempat tempat pelancongan dan untuk beristirehat. Dari segi produk-produk pelancongan, didapati permintaan pelancong-pelancong asing terhadap produk-produk tarikan semulajadi dan hotel-hotel pantai adalah sangat tinggi berbanding dengan jenis produk yang lain.