| Summary: | Corona Virus 2019 atau lebih dikenali sebagai COVID-19 merupakan perkara
yang sering dibincangkan dan diperdebatkan pada masa ini kerana telah menjejaskan
keselamtan satu dunia dalam pelbagai aspek. Semua perkara terkesan akibat daripada
pandemik ini termasuk juga institusi pendidikan. Di Malaysia, Universiti Sains
Malaysia (USM) telah mengambil inisiatif bagi membendung penularan wabak
COVID-19 dalam kalangan pelajar dan staf dengan menubuhkan Nerve Centre atas
dasar untuk membantu universiti dalam menangani penularan wabak ini. Di sini
merupakan permulaan bagi penyelidik untuk mengkaji pengurusan COVID-19 yang
dilaksanakan oleh USM. Terdapat tiga objektif yang perlu dicapai. Pertama, mengkaji
jenis kepimpinan pengurusan Nerve Centre dalam menangani COVID-19 di USM.
Kedua, mengkaji peranan pengurusan Nerve Centre di USM bagi menangani COVID-
19. Ketiga, mengenal pasti cabaran pengurusan Nerve Centre di USM bagi menangani
COVID-19. Data-data yang didapati tersebut kemudiannya dianalisis dengan analisis
menggunakan perisian SPSS. Kajian ini menggunakan responden seramai 150 orang
dalam kalangan staf dan pelajar Universiti Sains Malaysia bagi mendapatkan data
utama berkenaan pengurusan COVID-19 tersebut. Hasilnya, didapati bahawa
pengurusan COVID-19 di USM sangat berkesan membantu pengawalan penularan
wabak tersebut.
|