| Summary: | Kajian tentang penggunaan natrium glukonat sebagai agen pengkompleks
dalam larutan penyaduran tanpa elektrik kuprum bagi pelaplsan kuprum ke
atas plastik akrilonitril butadiena stirena (ass) telah dijalankan.
Pengkompleks asid etilena diamina tetraasetik (edta) dan natrium kalium
tartrat telah digunakan sebagai perbandingan terhadap glukonat. Kajian
beberapa gabungan glukonat-edta dengan nisbah kompleks glukonat-edta
1 :1, 1:2 dan 2:1 juga dilakukan untuk mengetahui kesannya terhadap
kestabilan, ph, kadar pelapisan, suhu dan kepekatan komponen aktif.
Didapati penggunaan pengkompleks glulmnat-edta (1 :1) [komposisi larutan
terdiri daripada kuprum sulfat 5-hidrat sebanyak 8.0 gil, natrium glukonat
-.
Sebanyak 3.5 gil, edta sebanyak 6.0 gil, formaldehida (37 ok) sebanyak
90.0 mill dan natrium hidroksida sebanyak 10.0 gil] adalah lebih stabil
berbanding dengan larutan yang hanya mengandungi pengkompleks glukonat
sahaja [komposisi larutannya terdiri daripada kuprum sulfat 5-hidrat sebanyak
8.0 gil, natrium glukonat sebanyak 7.0 g/l, formaldehida (37 o..{,) sebanyak
90.0 mill dan natrium hidroksida sebanyak 10.0 gil]. Larutan penyaduran
tanpa elektrik kuprum yang menggunakan penqkornpleks tartrat paling tidak
stabil. Keadaan operasi yang optimum bagi pengkompleks glukonat ialah ph
antara 12.4-12.6 dan pada suhu bilik. Kadar pelapisan bagi larutan
menggunakan pengkompleks glukonat adalah paling perlahan manakala
kadar pelapisan bagi pengkompleks edta yang paling cepat.
|