| Summary: | Kajian ini telah bertumpu kepada penarikan tinja lipas oleh tujuh spesies lipas
domestik dan beberapa aspek kegunaan yang mungkin bagi tinja lipas dalam rancangan
kawalan lipas. Semua spesies lipas dalam kajian ini adalah serangga asli di pulau pinang,
malaysia; mereka adalah periplaneta americana (lipas amerika), periplaneta brunnea
(lipas perang), periplaneta australasiae (lipas australia), neostylopyga rhombifolia
(lipas harlequin), nauphoeta cinerea (lipas lobster), supel/a iongipalpa (lipas jalur
perang) dan blattella germanica (lipas jerman). Semua spesies lipas dalam kajian ini
menunjukkan tarikan kepada tinja lipas terutamanya tinja yang dikumuhkan oleh spesies
sendiri, kecuali n. Cinerea. Penarikan kebanyakan tinja lipas adalah tidak spesies
spesifik; sesetengah tinja lipas dapat menarik lebih daripada satu spesies lipas. Nimfa
lipas adalah lebih tertarik kepada tinja lipas jika dibanding dengan lipas dewasa. Bila
makanan dicampurkan dengan 1.00% w/w tinja lipas amerika, ia dapat menarik lebih
banyak lipas, terutamanya uimfa lipas amerika yang datang ke makanan tersebut.
|